Tokyo pada waktu malam |
Besar atau kecil sesebuah bandar bergantung kepada bilangan penduduknya. Tidak dapat dinafikan, kebanyakan bandar terbesar terletak di Asia. Tokyo, Jepun masih memegang takhta sebagai bandar terbesar di dunia. Tokyo memiliki penduduk beranggaran 13.76 juta, dan bilangan penduduk ini dijangka akan bertambah menjelang tahun 2030, menurut World Economic Forum. Tetapi, tidak ada mana-mana bandar di Eropah mahupun di Amerika Syarikat yang berada di 10 teratas bandar terbesar pada tahun 2030.
Ada beberapa hal yang menarik mengenai Megapolis Tokyo.
- Tidak ada vandalisme di Tokyo.
- Adalah sukar untuk melihat orang-orang yang tiada tempat tinggal
- Anda tidak boleh melihat mana-mana tong sampah di bandar Tokyo. Orang yang bersih tidak memerlukan tong sampah.
- Orang Jepun mengambil sampah mereka dan memasukkannya ke tong sampah mereka sendiri
Walaupun mereka tidak beragama, tetapi mereka hidup seperti yang diajar oleh Islam. Bagaimana pula dengan kita, selaku umat Islam yang sepatutnya lebih menjadi contoh kepada masyarakat dunia?
Sumber:
- POPULATION OF TOKYO 2017. Diperoleh dari: http://populationof2017.com/population-of-tokyo-2017.html
- The world’s 10 largest cities by 2030. Diperoleh dari: https://www.weforum.org/agenda/2016/10/the-world-s-10-largest-cities-by-2030/