Sebuah tempat di Lithuania |
Lithuania, negara yang terletak di benua Eropah ini terkenal sebagai negara yang mencatat angka bunuh diri paling ramai di dunia. Lithuania mencatat angka bunuh diri seramai 31 per 100,000 orang bagi setiap tahun. Antara punca yang dikatakan penyebab kepada berlakunya kes bunuh diri yang berlaku adalah disebabkan krisis ekonomi serta pengangguran di negara berkenaan. Sesetengah rakyat Lithuania yang tiada pekerjaan dan tidak memiliki harapan untuk meneruskan hidup akan lebih cenderung untuk bunuh diri.
Mengapa hal ini berlaku kepada Lithuania? Salah satu puncanya disebabkan kejatuhan Soviet Union suatu ketika dahulu, krisis ekonomi yang tercetus akibat dari krisis kewangan Rusia pada tahun 1998 dan juga yang sedekad kemudian. Kebanyakan kaum yang membunuh diri di Lithuania adalah kaum lelaki.
Kemiskinan menyelubungi negara ini. Disebabkan pengangguran, maka rakyat akan ketagihan arak dan melakukan jenayah. Oleh yang demikian, mereka berputus asa dan membunuh diri.
Tidak dinafikan juga; kebanyakan negara yang mencatat kadar bunuh diri di dunia ini juga meliputi negara-negara Eropah sendiri. Mungkin juga kerana ketiadaan pegangan agama boleh menjadi faktor mereka memilih untuk meragut nyawa mereka sendiri sebagai penyelesaian terakhir tanpa sedikitpun kebergantungan kepada Yang Maha Esa.
Sumber:
- 10 Countries With the Highest Suicide Rates in the World. Dipetik dari: http://www.therichest.com/rich-list/the-biggest/10-countries-with-the-highest-suicide-rates-in-the-world/
- TOP 10 HIGHEST SUICIDE RATE COUNTRIES IN THE WORLD 2017. Dipetik dari: https://www.themeshnews.com/top-10-highest-suicide-rate-countries-in-the-world-2016/