Himpunan fakta, maklumat, carta serta sejarah.

Shamsul Bahriel. Dikuasakan oleh Blogger.

Translate

Jumaat, 16 Jun 2017

Negara yang Memiliki Kadar Jenayah Tertinggi di Dunia

0 comments
Tunjuk perasaan yang kerap terjadi di Venezuela
Percaya atau tidak, kebanyakan negara yang memiliki kadar jenayah tertinggi terletak di benua Amerika Latin. Venezuela, negara yang terkenal dengan air terjun Angel yang tertinggi di dunia adalah negara yang memiliki kadar jenayah yang paling serius di dunia. Venezuela memiliki indeks jenayah sebanyak 85.28 dan indeks keselamatan hanya 14.72, terendah di dunia.

Boleh jadi setiap hari berlakunya kerosakan di negara mereka. Negara ini cukup banyak berlaku kes pembunuhan, penculikan, pengganas narkotik, serta banyak lagi. Menurut data yang diperoleh, kes pembunuhan sahaja sudah mencapai kadar hampir 100 per 100,000 orang bagi setiap 6 jam! Selain itu, para pelancong juga turut diancam bahaya di dalam negara ini; menjadikan badan keselamatan Amerika Syarikat, Kanada dan Australia melarang rakyatnya melawati negara ini. 

Selain itu, Venezuela juga memiliki kadar pendakwaan kira-kira 2%, rasuah berleluasa di dalam kerajaan, dan juga memiliki kadar inflasi yang amat teruk menyebabkan rakyat sukar mendapatkan bekalan makanan serta keperluan-keperluan yang lain. Sukar bagi Venezuela untuk diturunkan takhta sebagai negara paling banyak jenayah di dunia. 


Sumber:
  • Countries with the Highest Crime Rates – 2017 List. Diperoleh dari: http://gazettereview.com/2016/06/countries-highest-crime-rates/
  • Crime Index for Country 2017. Diperoleh dari: https://www.numbeo.com/crime/rankings_by_country.jsp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Facebook