Karang |
Kita mungkin tidak perasan bahawa karang, atau batu karang sebenarnya adalah suatu spesis haiwan. Karang termasuk dalam filum Anthozoa. Jangka hayat bagi batu karang adalah selama ratusan tahun. Karang adalah haiwan paling perlahan di dunia. Fakta ini bukan dikira berdasarkan haiwan paling perlahan bergerak, tetapi ianya lebih kepada haiwan paling perlahan secara umum. Batu karang tidak bergerak (0 km/j). Selain itu, kupang dan tiram juga merupakan haiwan yang sangat pegun sepertimana batu karang.
Zooplankton, makanan bagi batu karang |
Batu karang adalah spesis yang tiada tulang belakang dan merupakan haiwan karnivor. Karang makan haiwan kecil yang terapung; zooplankton. Biasanya mereka akan melakukannya pada waktu malam. Karang akan keluar dari rangka mereka untuk meregang dan menangkap plankton dengan sesungut pedih mereka. Mangsa akan ditarik ke dalam mulut karang dan dihadam dalam perut mereka.
Sumber:
- Corals get their food from algae living in their tissues or by capturing and digesting prey. Diperoleh dari: http://floridakeys.noaa.gov/corals/coralseat.html
- Coral. Diperoleh dari: http://animals.nationalgeographic.com/animals/invertebrates/coral/
- The Slowest Animals in the World. Diperoleh dari: http://www.thetravelalmanac.com/lists/animals-slowest.htm