Himpunan fakta, maklumat, carta serta sejarah.

Shamsul Bahriel. Dikuasakan oleh Blogger.

Translate

Isnin, 12 Jun 2017

Negara Terbersih di Dunia

0 comments
Keindahan alam yang terjaga di kepulauan Iceland

Iceland merupakan sebuah negara kecil yang mempunyai bilangan penduduk seramai ~330,000. Iceland menjadi sebuah negara terbersih di dunia dengan skor EPI (Environmental Performance Index) sebanyak 93.1. Nilai yang sangat cemerlang dan menjada kebersihan negara. Iceland memiliki medan lava, gunung-ganang serta glasier. Iceland juga mempunyai cuaca yang sederhana dan merupakan salah sebuah negara yang maju. Iceland juga merupakan negara ke-20 terkaya di dunia dengan GDP per kapita sebanyak $48,070.

Indeks Prestasi Alam Sekitar (EPI) dikira berdasarkan dua faktor utama; kesihatan persekitaran dan daya hidup ekosistem. Kesihatan persekitaran pula ditentukan melalui tiga perkara; kesan kesihatan, kualiti udara serta air dan sistem penjagaan kebersihan awam. Manakala daya hidup ekosistem pula dikira berdasarkan enam perkara; tenaga dan klimak, habitat dan biodiversiti, hutan, perikanan, pertanian serta sumber air. Mengira faktor-faktor ini, Iceland dan kebanyakan negara Eropah mencatat nilai tertinggi dan cemerlang di dunia.


Sumber:
  • TOP 10 CLEANEST COUNTRIES IN THE WORLD 2017. (27 Julai 2016). Diperoleh dari: https://www.themeshnews.com/top-10-cleanest-countries-in-the-world-2016/
  • The World's 10 Cleanest Countries. (21 April 2010). Diperoleh dari: https://www.forbes.com/2010/04/21/environment-cleanest-countries-business-iceland-cleanest-countries_slide.html
  • Top 10 List of Richest Countries In The World 2017. Artikel dicatat pada 4 April 2017. Dipetik dari: http://www.bbcnewspoint.com/top-10-list-of-richest-countries-in-the-world-2017/
  • Our Methods: THE 2014 EPI FRAMEWORK – WHAT DOES THE EPI MEASURE? Diperoleh dari: http://archive.epi.yale.edu/our-methods

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Facebook