Himpunan fakta, maklumat, carta serta sejarah.

Shamsul Bahriel. Dikuasakan oleh Blogger.

Translate

Ahad, 11 Jun 2017

Negara Paling Aktif Secara Fizikal di Dunia

0 comments
Bangunan Perhimpunan Nasional Dhaka Bangladesh
Berbeza dengan Malaysia yang termasuk dalam 10 negara paling malas secara fizikal, Bangladesh adalah satu-satunya negara yang mana penduduknya paling aktif secara fizikal di dunia. Negara yang memiliki penduduk seramai 164,712,137 (dicatat pada 11 Jun 2017), terletak di tangga ke-8 negara yang memiliki penduduk teramai di dunia. 

Pengiraan keaktifan negara ditentukan melalui berapa banyak jangka hayat mereka akan meningkat untuk meningkatkan aktiviti fizikal. Semakin rendah kadar, maka negara akan berada pada kapasiti maksimum untuk aktiviti fizikal. Bangladesh memiliki nilai terendah sebanyak 0.10. Selain itu, peratus ketidakaktifan Bangladesh adalah terendah sebanyak 4.7%. Manakala Malaysia sebanyak 61.4% jauh lebih ramai yang tidak aktif secara fizikal berbanding Bangladesh.


Apabila penduduknya ramai, sudah tentu kepadatan penduduk adalah tinggi, lebih-lebih lagi dengan keluasan negara yang begitu kecil. Bangladesh adalah satu-satunya negara yang memiliki industri yang memerlukan banyak tenaga kerja. Kebanyakan penduduk memperoleh pendapatan melalui pertanian; terutamanya penanaman padi dan jut. Mereka juga memperoleh pendapatan melalui penanaman jagung dan juga sayur-sayuran.
 
Begitu banyak pekerjaan berat di Bangladesh di mana ekonomi bergantung kepada pembinaan kapal, industri tekstil yang besar, dan perkembangan dalam gas dan perlombongan arang batu. Maklumat mengenai aktiviti fizikal masih sukar didapati di Bangladesh, kerana ia masih jauh daripada menjadi kebimbangan utama. Walaubagaimanapun, ia beransur-ansur menjadi satu isu di kawasan bandar di mana 'meja kerja' menjadi suatu kebiasaan. Ditambah lagi, mereka kekurangan budaya gimnasium dan latihan fizikal luar dikekang oleh sekatan ruang dan iklim yang hangat.
 

Sumber:
  • The Top 10 Most Physically Active Nations. Dipetik dari: http://www.therichest.com/rich-list/the-biggest/the-top-10-most-physically-active-nations/
  • The World's Least Active Countries. Diperoleh dari: http://www.shape.com/lifestyle/mind-and-body/worlds-least-active-countries
  • http://www.worldometers.info/world-population/bangladesh-population/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Facebook