Himpunan fakta, maklumat, carta serta sejarah.

Shamsul Bahriel. Dikuasakan oleh Blogger.

Translate

Selasa, 30 Mei 2017

Manusia Terkaya di Malaysia

0 comments
Tan Sri Robert Kuok

Manusia paling kaya di Malaysia masih dipegang oleh Tan Sri Robert Kuok. Dilahirkan pada 6 Oktober 1923 di Johor Bahru dan sekarang sudah menjangkau usia 93 tahun. 

Robert Kuok mencatat nama sebagai tokoh terkaya di Malaysia dengan kekayaannya sebanyak 11.4 billion US dollar (RM 48.73 billion); meningkat dari tahun 2016 yang mana berjumlah 10 billion US dollar (RM 42.75 billion). Maklumat ini dicatat pada 21 Mac 2017 pada pukul 7.11 pagi. 

Berikut adalah syarikat-syarikat serta sumbangan oleh Tan Sri Robert Kuok:
  • 1958 - Menubuhkan Malaysia Sugar Manufacturing Company dengan kerjasama Mitsui Bussan Kaisha Ltd dan Sugar Nissin Manufacturing.
  • 1960-an - Menubuhkan Malaysia-Singapore Airlines (MSA) setelah beliau memperoleh kerjasama dari Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Amanah Saham Nasional yang membolehkan mengekalkan hubungan peringkat tertinggi dengan kerajaan. Kuok juga memberanikan diri melabur di negara bergolak Indonesia
  • 1964 - Membina kilang gula pertama Malaysia, Malayan Sugar Manufacturing dengan mendapat kuasa monopoli dari kerajaan. Beliau juga membuka ladang tebu pertama negara; Perlis Plantation di tanah milik kerajaan dengan bantuan Felda.
  • 1968 - Menubuhkan syarikat perkapalan ulung negara, Malaysia Shipping Line Corporation (kini MISC). Beliau juga terbabit dengan penubuhan Bank Bumiputra Bhd dan Perbadanan Nasional Bhd yang dibentuk bagi menarik penyertaan orang melayu di bidang ekonomi.
  • 1970-an - Ladang beliau diluaskan ke Indonesia dan beliau menjadi salah seorang pedagang gula yang utama di dunia. 
  • 1974 - Memindahkan operasinya dari Malaysia dan Singapura ke Hong Kong disebabkan cukai. Sesetengah pihak mendakwa langkah yang diambil Kuok ini adalah disebabkan wujudnya persaingan sengit di kalangan usahawan Melayu dan Cina di Malaysia, di samping keperluan memelihara kepentingan beliau sendiri. 
  • 1980-an - Kuok turut memberanikan diri melabur di Filipina yang sedang bergolak pada ketika itu. Hasilnya, beliau berjaya menjalin hubungan kukuh dengan pihak berkuasa negara terbabit
  • 1993 - Di Hong Kong, Kuok menubuhkan Kerry Trading Company (Kerry) dan melangkah ke bidang media serta hartanah. Kerry menguasai kira-kira 10 syarikat terbitan awam Hong Kong, termasuk South China Morning Post (SCMP), akhbar berbahasa Inggeris terunggul yang dibelinya dari Rupert Murdoch. Kuok juga mempunyai kepentingan dalam The Bangkok Post
  • 1996 - beliau mengambil alih TVE Holdings yang terbabit dalam bidang hartanah, hiburan, runcit dan penerbitan dengan harga RM570 juta (AS$150) menggunakan SCMP. Beliau juga merupakan ahli perniagaan Asia pertama yang membina rangkaian hotel lima bintang; Shangri-la. Dari Hong Kong, beliau beralih pula ke Tanah Besar China dengan melabur dalam bidang pembangunan hartanah, hotel, dagangan, komoditi, khidmat gudang dan Coca Cola
  • Kuok juga memupuk hubungan baik dengan ahli perniagaan Cina Asia seperti Lim Sioe Liong, Oei Hong Leong, Li Ka Shing, Tan Sri Khoo Kay Peng, Datuk Tan Chin Nam, Run Run Shaw, TT Tsui, Roberto Ongpin dan Chatri Sophonpanich dalam apa yang dikatakan ‘Rangkaian Bamboo’.
Ada banyak lagi sumbangan oleh Robert Kuok yang tidak disebut di sini.

Sumber:
  • TAN SRI ROBERT KUOK HOCK NIEN. Dipetik dari: https://cpcmpolisasjp2013.wordpress.com/content/tokoh-usahawan/alalalalalal/
  • Senarai terkini 10 orang Malaysia paling kaya 2017. Diperoleh dari: https://www.mysumber.com/hartawan-malaysia.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Facebook