Himpunan fakta, maklumat, carta serta sejarah.

Shamsul Bahriel. Dikuasakan oleh Blogger.

Translate

Rabu, 31 Mei 2017

Fakta Tentang Masjid Qiblatain

0 comments



Masjid Qiblatain merupakan sebuah masjid yang dibina pada zaman kerasulan Nabi Muhammad SAW. Dinamakan qiblatain kerana di sinilah baginda SAW menerima perintah oleh Allah SWT untuk mengubah arah qiblat dari Baitul Maqdis (Jerusalem) ke Masjidil Haram (Makkah). Perpindahan qiblat ini adalah dari arah utara Madinah (Baitul Maqdis) ke selatan Madinah (Masjidil Haram).

Sebelum diturunkan perintah pertukaran qiblat, Rasulullah SAW dan umat Islam selalu mendapat halangan dan cercaan daripada bangsa Yahudi dan Nasrani yang mendakwa Baitul Maqdis adalah milik mereka. Disebabkan itu, baginda SAW mengadu kepada Allah, lalu Allah menjawab apa yang menjadi kegundahan di hati baginda dan pengikutnya. Akhirnya, qiblat umat Islam dipindahkan ke Masjidil Haram. Perintah Allah terdapat di dalam al-quran, surah al-Baqarah ayat 144. 

Perintah pertukaran qiblat berlaku pada bulan Rejab tahun kedua hijriah (623 Masihi). Rasulullah SAW solat menghadap Baitul Maqdis selama 16 bulan di sini sebelum ditukarkan qiblat ke Masjidil Haram.

Tanda qiblat asal di masjid Qiblatain

Qiblat sekarang di masjid Qiblatain


Sumber: 
  • Masjid Qiblatain. Diperoleh dari: http://www.islamiclandmarks.com/madinah-other/masjid-qiblatain
  • Tafsiran dari al-Quran dan Terjemahannya. m/s: 22.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Facebook