Himpunan fakta, maklumat, carta serta sejarah.

Shamsul Bahriel. Dikuasakan oleh Blogger.

Translate

Sabtu, 17 Ogos 2019

FAKTA UMUM - Nama Penuh dan Nasab Keturunan Nabi Muhammad SAW

0 comments
Berikut adalah nama penuh Nabi Muhammad SAW yang telah disepakati oleh para ulama' dan ahli-ahli nasab:

Muhammad bin Abdullah, bin Abdul Mutalib, bin Hasyim, bin Abdu Manaf, bin Qusaiy, bin Kilaab, bin Murrah, bin Ka’ab, bin Luaiy, bin Ghalib, bin Fihr, bin Malik, bin an-Nadhr, bin Kinanah, bin Khuzaimah, bin Mudrikah, bin Ilyas, bin Mudhar, bin Nizar, bin Ma’d, bin Adnan.

Selepas Adnan, berlakunya khilaf yang besar di antara para ulama' mengenai siapa nenek moyang Nabi SAW daripada keturunan Nabi Ismail bin Ibrahim AS. Namun demikian, ada beberapa teori yang memungkinkan keturunan Nabi Muhammad sebelum Adnan dan selepas Ismail.

Nabi Ismail AS berkahwin dengan seorang wanita dari kabilah Jurhum. Beliau dianugerahkan 12 orang anak, iaitu:

  1. Nabit
  2. Qaidzar (Kedar)
  3. Azbil
  4. Misya
  5. Misma'
  6. Dhusha
  7. Arar
  8. Yathur
  9. Nabasy
  10. Thaima
  11. Nasmat (Basmat)
  12. Qaidzma

Nasmat, anak ke-11 Nabi Ismail dikahwinkan dengan putera Ishaq bin Ibrahim AS, iaitu 'Ish (Esau). Melalui perkahwinan ini melahirkan Bani Ishaq yang disebutkan dalam hadits sebagai penakluk Konstantinopel setelah tentera Al-Mahdi mengalahkan tentera Rom dalam Al-Malhamah Al-Kubra.

Dikatakan kemungkinan di antara Nabit dengan Kedar yang akan menurunkan keturunan Nabi Muhammad SAW. Ibnu Hisyam mengatakan bahawa keturunan Adnan adalah anak Ud, iaitu:
Adnan bin Ud (Udud) bin Muqawim bin Nahur bin Tirah bin Ya'rub bin Yasyjub bin Nabit bin Ismail AS.
Lihat 

Sesetengah pendapat pula menyatakan bahawa Muhammad adalah daripada Qaidzar bin Ismail. Lihat

Wallahua'lam.


thecompanion.in

Sumber: Sejarah Islam HAMKA, Misteri Pasukan Panji Hitam (Muhammad Abu Fatihah Al-Adani)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Facebook