Himpunan fakta, maklumat, carta serta sejarah.

Shamsul Bahriel. Dikuasakan oleh Blogger.

Translate

Selasa, 30 Januari 2018

Najib vs Mahathir (2 Pemimpin Negara Paling Kontroversi)

0 comments
www.sinarharian.com.my

Topik ini agak sensitif. Bukan berniat untuk menyebelahi sesiapa. Tetapi sekadar berkongsi fakta. 

Bila sebut Malaysia, pasti anda teringat akan muka Dato' Seri Najib, atau Dr. Mahathir. Kerana apa? Kerana ada banyak cerita pada mereka berdua yang kadangkalanya sukar untuk dirungkaikan. Banyak persamaan dan banyak juga beza antara DS Najib dengan Dr Mahathir. 

Berikut adalah beberapa perbezaan antara Najib dan Mahathir sepanjang mereka menjadi Perdana Menteri.


01) Tempoh Menjadi Perdana Menteri

  • Najib: 3 April 2009 - Sekarang (8 tahun)
  • Mahathir: 16 Julai 1981 – 31 Oktober 2003 (22 tahun)
Mahathir lebih lama pegang jawatan Perdana Menteri


02) Undi Popular Tertinggi

  • Najib: 47.38% (PRU 2013)
  • Mahathir: 65.16% (PRU 1995)
Mahathir memperoleh lebih banyak undi popular


03) Jurang Keluaran Dalam Negara Kasar

  • Najib: $ 922.057 bil. (2017) - $ 519.702 bil. (2009) = $ 402.355 bil. [1]
  • Mahathir: $ 347.023 bil. (2003) - $ 52.128 bil. (1981) = $ 294.895 bil. [2]
Jurang pendapatan negara zaman Najib lebih tinggi


04) Jurang Pendapatan per Kapita Rakyat 

  • Najib: $ 28,636 (2017) - $ 18,506.57 (2009) = $ 10,129.43 [3]
  • Mahathir: $ 13,705.51 (2003) - $ 3,663.606 (1981) = $ 10,041.904 [4]
Jurang perbezaan lebih kurang sama. Tetapi peningkatan yang lebih ketara pada zaman Najib, kerana peningkatan selama 8 tahun, sedangkan peningkatan zaman Mahathir selama 22 tahun. 


05) Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Terendah/Tertinggi

  • Najib: 4.9 (2012,2016) / 5.2 (2014) [5]
  • Mahathir: 4.8 (2000) / 5.32 (1996) [6]
Kedua-dua zaman Najib dan Mahathir lebih kurang sama dari segi amalan rasuah. Tetapi jurang tinggi-rendah lebih besar pada zaman Mahathir berbanding zaman Najib.

Perhatian: Indeks CPI tinggi, bermakna kurang rasuah dan sebaliknya.


06) Isu-Isu Kontroversi Sepanjang Tempoh Pentadbiran

  • Najib
    1. Pembunuhan Altantuyaa Shaariibuugiin 
    2. Lahad Datu 2013
    3. Kehilangan MH370
    4. Nasib MH17
    5. 2014 Malaysian sedition dragnet 
    6. 2014 Diplomat Indecent Assault Case 
    7. Gempa Bumi Sabah 2015
    8. Skandal 1MDB Kertas Panama
    9. Isu rasuah Jabatan Air Negeri Sabah
    10. Kemalangan bot Pulau Mengalum 2017
    11. Pembunuhan Kim Jong-Nam
    12. Kebakaran Madrasah Darul Quran Ittifaqiyah 2017
  • Mahathir
    1. Perang Vietnam
    2. Pelarian Vietnam
    3. Konflik Moro
    4. Pelarian Filipina
    5. Projek IC
    6. Insiden Memali
    7. Penangkapan Politik Sabah 1991
    8. Islamisasi Sabah
    9. Operasi Lalang
    10. Serangan Lahad Datu
    11. Rusuhan Sabah 1986
    12. Urusan Hal Ehwal Mahkamah 1987
    13. Krisis Perlembagaan 1988
    14. Kebakaran Madrasah Taufiqiah Al-Khairiah 1989
    15. Runtuhan Jambatan Sultan Abdul Halim 
    16. Runtuhan Highland Tower 1993
    17. Ribut Kilat Tropikal Greg 1996
    18. Krisis Kewangan Asia 1997
    19. Jerebu Asia Tenggara 1997
    20. Penculikan di Sipadan
    21. Peningkatan dasar Bumiputera
    22. Kes Liwat Anwar Ibrahim
    23. Al-Ma'unah
Isu dalam negara pada zaman Najib lebih sedikit. 


07) Jurang Indeks Pembangunan Manusia 

  • Najib: 0.79 (2015) - 0.76 (2009) = 0.03
  • Mahathir: 0.73 (2003) - 0.58 (1980) = 0.15 [7]
Zaman Mahathir lebih pesat pembangunan, walaupun Indeks HDI zaman Mahathir lebih rendah berbanding zaman Najib.



08) Sumbangan

  • Najib [8]
    1. Premiership
    2. 1Malaysia
    3. 1MDB
    4. Tun Razak Exchange
    5. MRT Sungai Buloh-Kajang
    6. Bandar Malaysia
    7. KL118
    8. Lebuh Raya Pan-Borneo
    9. Akta Kesalahan Keselamatan 2012
    10. Majlis Keselamatan Negara
    11. Dasar Ekonomi
    12. Model Ekonomi Baru
    13. Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-EU
    14. Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-New Zealand
    15. Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-AS
    16. Pembaharuan Subsidi GTP
    17. Siasatan pendatang asing haram Sabah
    18. Akta GST 2014
    19. Sidang Kemuncak Asia Timur ke-10
    20. Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2334
    21. Transformasi Nasional 2050 (TN50)
  • Mahathir [9]
    1. Jambatan Pulau Pinang
    2. Putrajaya
    3. Cyberjaya
    4. Menara KL
    5. Menara Petronas
    6. KLIA
    7. Lebuhraya Utara-Selatan
    8. IIUM
    9. Pengambilalihan Guthrie
    10. MEASAT
    11. Litar Sepang
    12. Proton Saga
    13. Langkawi
    14. NDP
    15. Pindaan Perlembagaan 1993 
    16. Wawasan 2020 (V20)
    17. IBFC
    18. KL Sentral
    19. PTP
    20. Southern Integrated Gateway
    21. DRB-HICOM
    22. MSC
    23. ANGKASA
    24. PPSMI
Sumbangan Mahathir lebih banyak, (Najib tidak ditambah KLIA2 kerana hanya menambah apa yang Mahathir telah bina).



09) Tempoh Penglibatan Dunia Politik

  • Najib: 1976 - Sekarang (41 tahun) [Selepas kematian Tun Abdul Razak]
  • Mahathir: 1945 - Sekarang (72 tahun) [Selepas Perang Dunia kedua]
Mahathir lebih banyak pengalaman dalam politik negara. 



10) Nilai Mata Wang Terendah/Tertinggi (1 USD)

  • Najib: RM 4.48 (1 Dis 2016) / RM 2.95 (1 Apr 2011) 
  • Mahathir: RM 4.19 (3 Ogos 1998) / RM 2.23 (1 Dis 1981) [10]
Nilai mata wang terendah pada zaman Najib dan tertinggi pada zaman Mahathir. Tetapi julat nilai tertinggi dan terendah lebih kecil pada zaman Najib berbanding zaman Mahathir. 



11) Prestasi Terburuk

  • Najib: PRU 1999 (242 majoriti undi berbanding 10,000 pada PRU 1995) [Doktor Umum: Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad]
  • Mahathir: PRU 1969 (Hilang kerusi Kota Setar Selatan)
Prestasi Najib masih elok, walaupun hampir-hampir tewas hanya disebabkan mata lebam Anwar...LOL.


Setakat ini sahaja perbandingan yang saya boleh bandingkan Najib dengan Dr Mahathir. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Dilihat zaman Najib sebenarnya lebih mencabar, zaman di mana maklumat di hujung jari...jadi, antara Najib dengan Mahathir, siapa yang lebih baik? Jawapan saya, bergantung kepada anda yang menilai. 

Facebook