Himpunan fakta, maklumat, carta serta sejarah.

Shamsul Bahriel. Dikuasakan oleh Blogger.

Translate

Isnin, 29 Januari 2018

10 Negara Paling Dibenci di Dunia

0 comments
Topik kali ini begitu sensitif. Namun, apa yang saya kongsikan di sini bukan bertujuan untuk menimbulkan perasaan benci kalian kepada kesepuluh buah negara dalam carta ini, tetapi sekadar berkongsi fakta berkenaan negara-negara yang paling dikutuk oleh dunia buat masa ini. 

Fakta ini dibuat bagi mengemaskini fakta yang telah dibuat oleh Ekram dalam saluran beliau, Kupi Kupi Go, kerana fakta beliau yang saya semak merupakan fakta negara paling dibenci menurut sumber Globescan pada tahun 2007. Tetapi yang saya punya ini adalah yang terkini; 2017, 10 tahun kemudian. Namun, apa kurang fakta Ekram dengan fakta saya? Negara yang sama sahaja, bukan? Cuma berubah ranking. Itu sahaja. 

Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Globescan, 10 buah negara ini telah melakukan sesuatu yang buruk menyebabkan mereka menjadi negara yang dibenci oleh seluruh penduduk dunia. Negara apakah yang dibenci itu? Kita lihat satu per satu.

Kaedah: Sebagai penulis fakta ini, saya mengambil kira kedua-dua respond positif dan negatif orang yang disoal selidik oleh Globescan. Pertama, saya melihat respond positif. Jika sama antara dua buah negara, maka saya akan lihat pula respond negatif. Jika banyak respond negatif, maka ranking negara paling dibenci akan naik ke tangga lebih atas. Saya tidak menyatakan sebab kenapa negara-negara ini dibenci oleh seluruh penduduk dunia. Cuma sekadar menyatakan peratusannya.  


10) Brazil

upload.wikimedia.org

Respond Positif = 38%

Respond Negatif = 30%

Tidak Menjawab = 32%


09) Korea Selatan

upload.wikimedia.org

Respond Positif = 37%

Respond Negatif = 36%

Tidak Menjawab = 27%


08) India

upload.wikimedia.org

Respond Positif = 37%

Respond Negatif = 39%

Tidak Menjawab = 24%


07) Afrika Selatan

upload.wikimedia.org

Respond Positif = 36%

Respond Negatif = 33%

Tidak Menjawab = 31%


06) Amerika Syarikat

upload.wikimedia.org

Respond Positif = 34%

Respond Negatif = 49%

Tidak Menjawab = 17%


05) Rusia

upload.wikimedia.org

Respond Positif = 29%

Respond Negatif = 49%

Tidak Menjawab = 22%


04) Israel

upload.wikimedia.org

Respond Positif = 25%

Respond Negatif = 50%

Tidak Menjawab = 25%


03) Pakistan

upload.wikimedia.org

Respond Positif = 18%

Respond Negatif = 58%

Tidak Menjawab = 24%


02) Korea Utara

upload.wikimedia.org

Respond Positif = 17%

Respond Negatif = 59%

Tidak Menjawab = 24%


01) Iran

upload.wikimedia.org

Respond Positif = 15%

Respond Negatif = 61%

Tidak Menjawab = 24%




Ulasan saya:
  1. Berdasarkan fakta ini, banyak juga yang saya tidak setuju. Namun, ia tetap menjadi fakta dan suatu kebenaran. 
  2. Saya tidak berpuas hati; kenapa Israel tidak diangkat lebih atas lagi dalam ranking ini? Sedangkan mereka bukannya negara yang sah. Mereka telah merampas tanah Palestin dan menghalau warga Palestin dari negara mereka sendiri. 
  3. Menurut PBB, penubuhan Israel setakat ini tetap tidak sah di sisi undang-undang. Tetapi PBB seolah-olah tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap mereka. 
  4. Saya kecewa. Dunia tidak adil...terhadap umat Islam.
  5. Kajian daripada Globescan juga memberi pertanyaan buat saya. Adakah mereka membuat pertanyaan terus kepada responden atau memberi sampel negara-negara tertentu sahaja?
  6. Ulasan satu per satu
    • Brazil
      • Saya tidak pasti kenapa. Mungkin sebab populasi, atau mungkin sebab kerajaannya
    • Korea Selatan
      • Saya rasa ramai yang suka akan negara ini, terutamanya peminat kpop dan drama-drama Korea. Sebab kenapa mereka dibenci saya tidak tahu.
    • India
      • Mungkin sebab populasi, lambakan pengangguran...
    • Afrika Selatan
      • Pro-Israel...?
    • Amerika Syarikat
      • Wajib ada dalam carta ini, bersama-sama Israel. Kerana AS sering menimbulkan kekacauan terhadap dunia. Keadaan bagi setiap negara yang diserang olehnya adalah lebih teruk berbanding sebelum ia diserang.
    • Rusia
      • Dikatakan telah menindas negara-negara jiran seperti Ukraine yang membuatkan mereka memiliki banyak musuh.
    • Israel
      • Sudah tentu ramai yang benci, kerana ia bukan negara yang sah. Lebih-lebih lagi ia merampas tanah orang Palestin, walaupun mereka mengaku ia tanah asal mereka. Mereka juga menindas warga Palestin.
    • Pakistan
      • Mungkin sebab mereka telah melindungi kumpulan-kumpulan "pengganas". Saya pun tidak faham kenapa mereka dibenci.
    • Korea Utara
      • Sudah tentu, kerana mereka mengamalkan Autokrasi. Yang mana, mereka menindas rakyat mereka sendiri dan mengancam keselamatan dunia melalui ujian senjata nuklear mereka.
    • Iran
      • Barat sudah tentu benci. Kerana negara ini dikatakan telah membiayai serta melindungi kumpulan-kumpulan pengganas, serta banyak lagi sebab yang menyebabkan mereka dibenci.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Facebook