Kebersihan adalah sebahagian daripada iman. Itulah ungkapan yang patut dipegang oleh setiap individu Muslim di seluruh dunia. Namun, melihat carta ini, seolah-olah umat Islam telah memandang remeh akan aspek kebersihan. Jadi, bagaimana dakwah Islam boleh disebarkan jika umat Islam pun tidak menjaga kebersihan? Berikut adalah 10 negara yang mencatat Indeks Prestasi Alam Sekitar tertinggi di dunia pada tahun 2016.
Indeks Prestasi Alam Sekitar dikira berdasarkan kriteria-kriteria berikut:
Negara manakah yang paling menjaga kriteria-kriteria di atas?
- Kesihatan Persekitaran
- Kualiti udara
- Impak Kesihatan
- Air & Sanitasi
- Kecergasan ekosistem
- Klimak & Tenaga
- Biodiversiti dan habitat
- Perikanan
- Perhutanan
- Pertanian
- Sumber air
Negara manakah yang paling menjaga kriteria-kriteria di atas?
10. Perancis (EPI = 88.20)
lh4.googleusercontent.com |
Jalanan di sekitar sesebuah kota di Perancis. Tiada sampah mahupun kotoran ditemui.
09. Malta (EPI = 88.48)
malta.poznan.pl |
"Sampah" yang ada dalam gambar ini hanyalah manusia yang sedang beristirehat. Apabila mereka pulang, makan tiadalah "sampah" di sini.
08. Estonia (EPI = 88.59)
07. Portugal (EPI = 88.63)
06. Sepanyol (EPI = 88.91)
kids.nationalgeographic.com |
Persekitaran bandar mereka jaga, bukan sahaja untuk rakyat mereka, bahkan demi kepentingan pelancong juga. Ia penting untuk menjaga imej negara mereka.
05. Slovenia (EPI = 88.98)
static1.squarespace.com |
Disebabkan bersih, maka pelancong pun berminat untuk datang melancong. Dengan itu boleh meningkatkan ekonomi negara.
04. Denmark (EPI = 89.21)
www.visitdenmark.co.uk |
Bandar bersih juga dikenali sebagai "Bandar Hijau", kerana menjaga kebersihan persekitaran dan ekosistem.
03. Sweden (EPI = 90.43)
www.telegraph.co.uk |
Carilah sampah walau secebis di sini. Anda tidak akan dapat menjumpainya. Air pun tenang dan bersih.
02. Iceland (EPI = 90.51)
www.goabroad.com |
01. Finland (EPI = 90.68)
www.azocleantech.com |
www.rumblerum.com |
Tempat sebegini, kalau di negara kita, air memang sudah lama kuning sebab banyak sangat pokok ditebang sampaikan berlakunya hakisan tanah masuk ke dalam air. Tetapi sesetengah tempat di negara kita ada juga keadaan seperti dalam gambar, tapi tidak begitu banyaklah.
Negara-negara di atas adalah negara-negara maju dengan memiliki teknologi dan kemudahan yang lebih maju. Mungkin sebab itu mereka berjaya mengekalkan keseimbangan ekosistem dan persekitaran.
Negara-negara di atas adalah negara-negara maju dengan memiliki teknologi dan kemudahan yang lebih maju. Mungkin sebab itu mereka berjaya mengekalkan keseimbangan ekosistem dan persekitaran.
Negara kita Malaysia berada di ranking ke-63 dunia dengan mencatat indeks EPI sebanyak 74.23. Jangan terkejut kerana negara kita memiliki indeks EPI lebih tinggi berbanding Korea Selatan (EPI = 70.61) dan juga kebanyakan negara Arab yang kaya-raya seperti Qatar (EPI = 69.94). Mungkin sudah ada kesedaran di kalangan kita tentang pentingnya menjaga kebersihan persekitaran. Mungkin juga disebabkan bilangan pekerja kontrak dipertingkatkan bagi membersihkan kawasan persekitaran. Jadi, jika anda berjumpa dengan mereka, jangan lupa ucapkan terima kasih kerana membersihkan nama baik negara, walaupun mereka tidak dipandang oleh sesiapa. Tetapi saya hairan; kenapa tandas di Malaysia dikatakan tandas terkotor di dunia?
Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Jagalah kebersihan, kerana ia boleh membuatkan kita jadi kaya.
Sumber: Buku GLOBAL METRICS FOR THE ENVIRONMENT: The Environmental Performance Index ranks countries’ performance on high-priority environmental issues. 2016 report.