Himpunan fakta, maklumat, carta serta sejarah.

Shamsul Bahriel. Dikuasakan oleh Blogger.

Translate

Ahad, 26 November 2017

Carta 10 Negara Penerbitan Buku Terbanyak di Dunia

0 comments
Negara-negara ini mempunyai jumlah penerbitan buku terbanyak di dunia setiap tahun. Bagaimanakah suasana kedai buku mereka? Kita lihat carta 10 ini. 

Perhatian! Ini bukan dikira berdasarkan berapa banyak buku yang dicetak, tetapi berapa banyak tajuk buku yang diterbitkan setiap tahun.


10. Itali (61,966 buah buku diterbitkan)

Sebuah kedai buku di Venice, Itali. Nampak buruk, bukan? Tetapi saya rasa, mereka akan jual juga dengan harga yang teramat murah asalkan laku. Bukan mengaut keuntungan, tetapi pentingnya amalan membaca dalam kehidupan seharian. (Kredit: www.telegraph.co.uk)

09. Iran (72,871 buah buku diterbitkan)

Kedai buku di Tehran, Iran. Syiah atau Sunni bukan ukuran. Asalkan mereka rajin membaca dan mengkaji. (Kredit: s.newsweek.com)

08. Perancis (77,986 buah buku diterbitkan)

Kedai Buku di Perancis. Agak-agak, adakah mereka hanya banyak jual buku-buku sekolah seperti di negara kita? Saya rasa tidak. (Kredit: pageturnerpr.co.uk)

07. Jepun (82,589 buah buku diterbitkan)

Orang Jepun memang rajin berkarya. (Kredit: cdn.theculturetrip.com)

06. India (90,000 buah buku diterbitkan)

Orang India miskin harta, tetapi kaya dengan kepelbagaian genre buku dan pengetahuan.(Kredit: indianquarterly.com)

05. Jerman (93,600 buah buku diterbitkan)

Ini bukan pusat membeli-belah keluarga. Ini pusat membeli-belah buku di Jerman. (Kredit: www.janefriedman.com)

04. Rusia (101,981 buah buku diterbitkan)

Bangsa Rusia adalah antara bangsa yang paling rajin membaca di dunia. Buku-buku yang dijual oleh mereka dalam gambar ini kebanyakannya macam buku-buku sejarah. Di Malaysia, agak-agak buku jenis apa yang dijual sebegini? Harap-harap buku-buku fakta dan ilmiah. (Kredit: media-cdn.tripadvisor.com)

03. United Kingdom (184,000 buah buku diterbitkan)

Sebuah kedai buku di Alnwick, England. Lagi banyak pilihan, bukan? (Kredit: anglotopia-wpengine.netdna-ssl.com)

02. Amerika Syarikat (304,912 buah buku diterbitkan)

Kedai buku Amazon di AS. Bagi saya, tiada lagi istilah "kedai buku" di AS. Yang ada hanya "Gudang buku" atau "Pasaraya buku". (Kredit: 16749-presscdn-0-94.pagely.netdna-cdn.com)

01. China (440,000 buah buku diterbitkan)

Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China. Jom kita pergi ke China. (Kredit: nextshark.com)


Sumber: Wikipedia


Ulasan saya: Malaysia berada di ranking ke-24 dunia dengan penerbitan buku sebanyak 15,354 buah buku pada tahun 2015. Jumlah itu sebenarnya sudah menurun berbanding 19,987 pada tahun 2013. Buku apa ya yang orang kita jual? Cuba teka. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Facebook