Himpunan fakta, maklumat, carta serta sejarah.

Shamsul Bahriel. Dikuasakan oleh Blogger.

Translate

Rabu, 30 Ogos 2017

Negara Kepulauan Terbesar di Asia Tenggara

0 comments
(Kredit: www.eco-plan.com.au)

Apabila sudah mendapat jolokan sebagai negara kepulauan terbesar di dunia dan di Asia, secara langsungnya Indonesia mendapat nama sebagai negara kepulauan terbesar di Asia Tenggara. Indonesia memiliki sekitar 18,000 buah pulau. Indonesia adalah negara kepulauan beserta Filipina, Papua New Guinea, Jepun dan juga negara kita Malaysia. Sungguhpun demikian, Indonesia bukanlah negara yang memiliki pulau yang paling banyak di dunia, tetapi sekurang-kurangnya termasuk dalam 10 negara yang memiliki pulau paling banyak di dunia. Didapati kepulauan Indonesia meliputi kawasan seluas Australia. Namun, hanya sekitar 20 peratus daripadanya daratan, selebihnya adalah lautan. 

Indonesia memiliki 5 pulau utama; iaitu Sumatera, Jawa, Kalimantan, Sulawesi, dan Irian Jaya. Selain itu, Indonesia juga memiliki lebih dari 150 buah gunung berapi yang masih aktif, termasuklah Krakatoa dan Tambora. Di samping termasuk dalam 20 negara terbesar di dunia dari segi daratan, Indonesia juga termasuk dalam carta 10 negara yang memiliki populasi terbanyak.


Sumber:
  • 25 Interesting Facts About Indonesia You Might Not Know (2017). Diperoleh dari https://www.wowshack.com/25-interesting-facts-about-indonesia-you-might-not-know/
  • Indonesia – largest archipelago in the world (2010). Diperoleh dari https://didyouknow.org/indonesia-largest-archipelago-in-the-world/
  • Angga, B.F. (2015). 12 Largest Archipelagic Countries in the World. https://clevaster.wordpress.com/2015/07/12/10-largest-archipelago-in-the-world/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Facebook