Himpunan fakta, maklumat, carta serta sejarah.

Shamsul Bahriel. Dikuasakan oleh Blogger.

Translate

Rabu, 30 Ogos 2017

Masjid Tertua di Kelantan

0 comments
(Kredit: www.itc.gov.my)

Orang Kelantan mesti tahu pasal ini. Masjid tertua di Kelantan terletak di Jalan Kuala Krai, Kota Bharu, Kelantan. Ia terletak berhadapan dengan Universiti Malaya, 20 km dari pusat Bandar. Melihat pada struktur, usia masjid ini dikatakan sudah menjangkau sekitar 300 tahun.

(Kredit: static.panoramio.com)

Sejarah mengenai masjid ini diketahui melalui cerita lisan. Suatu ketika dahulu, para mubaligh belayar ke sepanjang Kepulauan Melayu untuk menyebarkan Islam. Mereka melalui pantai Timur Semenanjung Malaysia dalam perjalanan mereka ke Pattani di Thailand Selatan ke Jawa di Indonesia. Namun, peristiwa yang tidak diduga apabila perahu mereka bocor serta mengalami kesulitan. Mereka bersumpah bahawa jika mereka dibawa ke pantai dengan selamat, mereka akan membina sebuah masjid dengan serta merta untuk memperingati peristiwa itu. Doa mereka dikabulkan, dan para mubaligh mendarat di Kampung Laut, Tumpat.


Sumber:
  • Masjid Kampung Laut, Nilam Puri (2017). Dipetik dari http://www.mdketereh.gov.my/ms/pelawat/destinasi-menarik/masjid-kampung-laut-nilam-puri
  • Masjid Kampung Laut (Mosque Kampung Laut) (2012). Dipetik dari http://kelantan.attractionsinmalaysia.com/MasjidKampungLaut.php.
  • Nurul Fhatihah, Z. (2015).  Masjid Kampung Hulu bukan masjid tertua di Malaysia. Diperoleh dari https://www.bharian.com.my/node/61347.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Facebook