Jika Kuala Lumpur negeri terkaya di Malaysia, negeri termiskin pula yang dikira berdasarkan KDNK per kapita adalah negeri Kelantan Darul Naim. Ini adalah sebuah realiti yang orang Kelantan tidak dapat menerimanya. Namun, jika dilihat statistik yang dikeluarkan pada tahun 2016, KDNK per kapita bagi negeri Kelantan adalah yang terendah; sebanyak RM12,812. Dari segi hasil dalam negeri pula, Kelantan adalah yang terendah berbanding negeri-negeri lain dengan anggaran KDNK RM 22,000,000,000.
Tidak dinafikan juga, kerana kebanyakan perantau yang menetap di negeri-negeri seperti Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan sebagainya adalah dari Kelantan. Ini disebabkan kurangnya status ekonomi negeri serta peluang pekerjaan di Kelantan.
Sungguhpun demikian, Kelantan adalah merupakan salah satu daripada negeri-negeri yang mengalami pertumbuhan ekonomi terbanyak; iaitu sebanyak 4.8% pada tahun 2016 berbanding 3.5% pada tahun sebelumnya. Ini sedikit sebanyak mampu mengurangkan kadar kemiskinan di negeri Kelantan.
Catatan: Pendapatan per kapita, atau Keluaran Dalam Negari Kasar (KDNK) per kapita merujuk kepada berapa banyakkah hasil dalam negeri yang dikumpulkan, dan dibahagikan mengikut jumlah penduduk. Contoh; jika pendapatan dalam negeri adalah RM 1,000, dan penduduk dalam negeri itu adalah 10 orang, maka pendapatan per kapita adalah RM 100.
Sumber:
- http://www.epu.gov.my/sites/default/files/2.6.2.pdf
- Jabatan Perangkaan Malaysia