Negeri terkaya di Malaysia sudah tentu jatuh kepada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Ini dikira bukan berdasarkan GDP, tetapi berdasarkan GDP per kapita kerana GDP per kapita adalah lebih relevan untuk menentukan kekayaan sesebuah negeri ataupun negara. Ini kerana GDP bagi sesebuah negara atau negeri meningkat jika penduduknya bertambah, dan ini boleh mengakibatkan menurunnya GDP per kapita. Rujuk (2) untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan GDP dan GDP per kapita. India memiliki GDP yang tinggi, tetapi taraf hidup mereka kurang baik dan populasinya pun terlalu ramai. Jadi GDP per kapita mereka menurun.
GDP per kapita adalah pendapatan dalam negara kasar dibahagikan kepada saiz penduduk di sesebuah negara. Semakin ramai penduduk, semakin berkurang GDP per kapita. Jadi dengan menggunakan GDP per kapita, ianya lebih mudah bagi menentukan gaya hidup di sesebuah negara atau negeri dengan melihat pendapatan bagi setiap individu (GDP per kapita). GDP dan GDP per kapita ditentukan dalam masa setahun.
Jadi, kekayaan sesebuah negara atau negeri ditentukan oleh GDP per kapita. GDP per kapita bagi Kuala Lumpur adalah sebanyak RM94,722 ($22216.96). GDP per kapita Kuala Lumpur amat tinggi, bahkan lebih tinggi dari GDP per kapita negara sendiri. GDP per kapita bagi negara Malaysia pada tahun 2015 adalah sebanyak RM37,104 ($8702.71), manakala GDP adalah sebanyak RM1,062,805,000,000 ($249,189,437,123.65).
Kuala Lumpur salah sebuah destinasi pelancongan di Malaysia. Terdapat banyak tempat menarik untuk dilawati seperti KLCC, Menara KL, PWTC, Auditorium, Muzium Negara, dan banyak lagi. Kuala Lumpur adalah negeri yang maju, mendahului negeri-negeri lain. Walaupun Selangor mendahului dari sudut GDP; RM239,968,000,000 ($56,284,280,000), tetapi dari sudut GDP per kapita, Selangor berada di tangga ke-5 terkaya di Malaysia, iaitu sebanyak RM42,611 ($9994.37).

Statistik ini adalah pada tahun 2015. Maafkan penulis kerana tidak dapat memperoleh data terbaru berkenaan statistik ini.
Sumber:
- http://www.epu.gov.my/sites/default/files/2.6.2.pdf
- Difference Between GDP and GDP per Capita. Diperoleh dari: http://www.differencebetween.net/business/difference-between-gdp-and-gdp-per-capita/