Barisan Perajurit Amerika Syarikat |
Amerika Syarikat (AS) memiliki ketenteraan yang paling kuat di dunia. Ranking ketenteraan di dunia diukur mengikut kadar indeks kuasa GFP (Global FirePower). AS memiliki kedudukan kadar indeks kuasa GFP terendah, iaitu 0.0891 (jika 0.0000, maka memiliki ketenteraan yang sempurna). AS adalah kuasa paling besar di dunia dan mengepalai barisan UN (United Nations) dan NATO (North Atlantic Treaty Organization) bersama negara-negara Eropah dan Turki. Selain itu, AS juga dianggap sebagai polis dunia bagi menyelesaikan masalah-masalah serta krisis yang berlaku di serata tempat di dunia. Sebab itu AS selalu campur tangan dalam krisis sesebuah negara, termasuk negara kita sendiri; Malaysia.
Kedudukan Amerika Syarikat sebagai yang terkuat di dunia juga diukur berdasarkan kriteria-kriteria berikut:
- Kepelbagaian senjata.
- Kuasa nuklear.
- Faktor geografi, fleksibiliti logistik, sumber-sumber asli serta industri tempatan.
- Tenaga kerja.
- Disebabkan AS ketua NATO, maka ianya adalah bonus bagi mereka disebabkan oleh perkongsian sumber-sumber dengan kuasa-kuasa besar yang lain
Sudah tentu, AS menerajui hampir kesemua kriteria-kriteria ini. Perlu diingatkan bahawa kekuatan ketenteraan di sini bukan diukur berdasarkan keyakinan dan keimanan; bahkan kekuatan yang direkodkan, sumber serta sokongan dan pengiktirafan.
Statistik ini dikeluarkan pada 4 Jun 2017. Berikut adalah kekuatan tentera Amerika Syarikat:
- Tenaga Kerja
- Populasi - 323,995,528
- Tenaga kerja yang ada - 145,215,000
- Sesuai untuk berkhidmat - 120,025,000
- Barisan hadapan yang aktif - 1,400,000
- Barisan simpanan yang aktif - 1,100,000
- Tentera Darat
- Kereta kebal - 5884 unit
- Kenderaan tempur berperisai (AFV) - 41,062
- Senjata api yang bergerak sendiri - 1,934
- Meriam Tunda - 1,299
- Sistem Pelancar Roket Berganda (MLRS) - 1,331
- Tentera Udara
- Pesawat - 13,762
- Jet pejuang/pemintas - 2,296
- Pesawat bersayap tetap - 2,785
- Pesawat angkut - 5,739
- Pesawat latihan - 2,831
- Helikopter - 6,065
- Helikopter serang - 947
- Tentera Laut
- Kekuatan tentera Laut - 415
- Kapal pengangkut pesawat - 19
- Kapal frigat - 8
- Kapal pemusnah - 63
- Kapal selam - 70
- Kapal pertahanan kawasan pantai - 13
- Periuk api laut - 11
- Sumber petroleum
- Penghasilan minyak - 8,653,000 tong per hari
- Penggunaan minyak - 19,000,000 tong per hari
- Simpanan minyak - 36,520,000,000 tong
- Logistik
- Tenaga buruh - 158,600,000
- Kekuatan saudagar marin - 393
- Pelabuhan dan Terminal utama - 24
- Liputan jalan - 6,586,610
- Liputan jalan kereta api - 224,792
- Lapangan terbang yang boleh berkhidmat - 13,513
- Kewangan (Bajet)
- Pertahanan - $ 587,800,000,000
- Hutang luar negeri - -$ 17,910,000,000,000
- Rizab Pertukaran Luar dan Emas - $ 117,600,000,000
- Pariti kuasa membeli - $ 18,560,000,000,000
- Geografi
- Keluasan - 9,826,675 km per segi
- Kawasan pantai - 19,924 km
- Sempadan kongsi - 12,048 km
- Jalan air - 41,009 km
Sumber:
- http://www.globalfirepower.com/countries-listing.asp
- http://www.globalfirepower.com/country-military-strength-detail.asp?country_id=united-states-of-america
- Top 10 Most Powerful Militaries in the World – 2017 List. Diperoleh dari: http://gazettereview.com/2017/03/top-10-most-powerful-militaries-in-the-world/