Manusia tertinggi di dunia yang direkodkan jatuh kepada Robert Pershing Wadlow dari Amerika Syarikat dengan ketinggian 2.72 meter. Ketinggian beliau ini direkodkan pada 27 Jun 1940. Wadlow dilahirkan di Alton, Illinois, Amerika Syarikat pada 22 Februari 1918 pada pukul 06:30. Namun setelah mencapai usia sekitar 21 tahun, beliau meninggal dunia pada pukul 1:30 pada 15 Julai 1940 di sebuah hotel di Manistee, Michigan.
Robert dengan ayahnya |
Kematian Wadlow adalah disebabkan oleh lepuh septik pada pergelangan kaki kanannya disebabkan oleh pendakap, yang tidak dipasang dengan baik hanya seminggu sebelumnya. Beliau dikebumikan di Oakwood Cemetery, Alton di dalam keranda yang berukuran 3.28 m panjang, 81 cm lebar dan 76 cm dalam. Jisim Robert yang terberat pernah direkodkan adalah 222.71 kg pada ulang tahun ke-21 dan 199 kg sewaktu kematiannya.
Saiz kasut Robert juga teramat besar; 37AA (47 cm), mempunyai span lengan 2.88 m dan tangannya diukur 32.4 cm dari pergelangan tangan hingga ke hujung jari tengah. Pemakanan Robert juga terlampau tinggi; 8000 kalori, lebih dari purata yang disyorkan oleh lelaki dewasa yang normal. Pada usia sembilan tahun, Wadlow sudah mampu untuk membawa ayahnya Harold F. Wadlow kemudian Datuk Bandar Alton, yang berketinggian 1.8 m dan berat 77 kg menaiki tangga rumah.
Selepas kematian Wadlow, terdapat ramai manusia yang tinggi yang direkodkan, dan tiada siapa yang dapat menandingi ketinggian Robert Wadlow setakat ini.
Sumber:
- Tallest Man Ever. Dipetik dari: http://www.guinnessworldrecords.com/world-records/tallest-man-ever