Himpunan fakta, maklumat, carta serta sejarah.

Shamsul Bahriel. Dikuasakan oleh Blogger.

Translate

Jumaat, 9 Jun 2017

Negara Termalas di Dunia

0 comments

Nilai kemalasan sesebuah negara diukur berdasarkan penglibatan penduduk dalam aktiviti-aktiviti serta bagaimana taraf mereka menjaga kesihatan dan keaktifan mereka dalam kehidupan seharian. Menurut sumber yang diperoleh dari Forbes, Malta adalah negara yang paling malas di dunia. Ini dikira berdasarkan peratus ketidakaktifan rakyat. Malta memiliki ketidakaktifan sebanyak 71.9% daripada keseluruhan penduduknya. 

Antara sebab-sebabnya adalah; kerana penglibatan fizikal, atau aktiviti-aktiviti luar. Malta adalah negara yang paling kurang penglibatan fizikal, tidak aktif dalam kemasyarakatan serta tidak banyak bergerak dalam hidup. Oleh sebab itu, Malta adalah negara yang mana penduduknya terkenal dengan obesiti, gaya hidup yang tidak sihat, kurang penglibatan sosial, kemurungan, pengambilan alkohol dan sebagainya. Jika tabiat-tabiat ini tidak diubah oleh penduduk Malta, ia akan mengakibatkan berlakunya masalah kesihatan terhadap mereka.

Oleh sebab itu, aktiviti-aktiviti sosial, penglibatan fizikal, senaman adalah penting bagi masyarakat bagi mengekalkan kesihatan mereka. 


Sumber:
  • Maltese most obese, laziest and most car-dependent. Diperoleh dari: https://www.timesofmalta.com/articles/view/20151216/local/maltese-most-obese-laziest-and-most-car-dependent.595862
  • Maltese are the laziest, study suggests. Diperoleh dari: http://www.independent.com.mt/articles/2012-07-19/news/maltese-are-the-laziest-study-suggests-313358/
  • https://www.forbes.com/pictures/eihg45gjhg/malta-4/#237c56c72229


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Facebook