Doha, Qatar |
Selain negara terkaya di dunia, Qatar juga merupakan negara terkaya di Asia. Fakta mengejutkan juga mendapati 4 buah negara yang termasuk dalam carta 10 terkaya adalah negara-negara Islam iaitu Kuwait, UAE, serta Brunei. Kekayaan sesebuah negara diukur berdasarkan keluaran dalam negara kasar, atau Gross Domestic Product (GDP). GDP bagi negara Qatar adalah tertinggi di dunia sebanyak $129,726 pendapatan per kapita.
Qatar memiliki beberapa buah industri seperti urea, kilang keluli, baja ammonia dan banyak lagi. Qatar juga kaya dengan sumber semula jadi seperti gas asli dan minyak yang menjadi penyumbang utama kepada kekukuhan ekonomi dan peluang pekerjaan dalam negara. Oleh kerana kekayaan yang dimiliki oleh Qatar, menjadikannya sebuah negara Arab pertama yang akan menjadi tuan rumah untuk Piala Dunia 2022.
Laporan ini dicatat pada 4 April 2017.
Laporan ini dicatat pada 4 April 2017.
Sumber:
- Top 10 List of Richest Countries In The World 2017. Dipetik dari: http://www.bbcnewspoint.com/top-10-list-of-richest-countries-in-the-world-2017/