Himpunan fakta, maklumat, carta serta sejarah.

Shamsul Bahriel. Dikuasakan oleh Blogger.

Translate

Selasa, 30 Mei 2017

Fakta Tentang Pulau Socotra

0 comments

Sebenarnya ada banyak tempat yang unik dan aneh di dunia ini. Pulau Socotra dikategorikan sebagai antara tempat terunik dan teraneh di dunia. Pulau ini terletak 354 km dari Yaman dan merupakan daerah bagi Yaman. Pulau ini dianggap sebagai sarang "alien" di dunia. Ianya merupakan sebuah pulau yang terpencil serta beriklim kering. Disebabkan kekeringan inilah tumbuhan-tumbuhan menumbuh dengan aneh. Antara pohon yang sinonim dengan pulau ini ialah Dragon's Blood Tree. Pokok ini berupa seperti payung yang mengeluarkan getah berwarna merah. 
 
Selain itu, terdapat binatang-binatang asli seperti burung, labah-labah dan banyak lagi. Batuan serta karang memiliki bentuk yang unik dan ia hanya terdapat di pulau ini. Pulau Socotra menjadi sebuah warisan peninggalan dunia.

 
Maklumat Tambahan:
Ada juga beberapa pendapat yang mendakwa pulau inilah dikatakan tempat al-Masih ad-Dajjal diikat sewaktu Rasulullah SAW masih hidup dan dia dijaga oleh suatu makhluk aneh yang bernama al-Jassassah. Sebaik sahaja wafatnya baginda SAW, rantai yang mengikat Dajjal terputus dan makhluk al-Jassassah menemui ajalnya. Bermula saat itulah Dajjal mengembara mengelilingi dunia untuk menyesatkan umat manusia akhir zaman. Namun, Dajjal tidak boleh memasuki kota Makkah dan Madinah kerana kedua-dua kota tersebut dijaga dengan rapi oleh para malaikat. Sungguhpun demikian, ianya tidak dapat disahkan adakah pulau Socotra yang dimaksudkan sebagai tempat Dajjal pernah diikat atau pulau yang lain yang terletak di selatan Yaman.

Wallahua'lam.

 
Sumber:
  • Puspa, P. (n.d). Buku Fakta Untuk Pelajar: Pengetahuan 510 Fakta Paling Luar Biasa. Kuala Lumpur: Synergy Media. m/s: 170.
  • Socotra: Yemen’s Legendary Island. Diperoleh dari: http://ngm.nationalgeographic.com/2012/06/socotra/white-text

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Facebook