Dikenali sebagai negara de facto, negara-negara di sini secara realitinya wujud di dunia ini, namun cuma tidak memperoleh pengiktirafan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Antaranya ialah:
01) PALESTIN
![]() |
Kredit: Wikipedia |
Negara Palestin diiktiraf oleh 138 buah negara, termasuk Malaysia. Negara-negara bukan anggota PBB yang mengiktiraf Palestin ialah Holy See dan Sahrawi. Palestin merupakan negara de facto yang memperoleh paling banyak pengiktirafan oleh PBB setakat ini.
02) REPUBLIK KOSOVO
![]() |
Kredit: Britannica |
Buat masa ini, Kosovo diiktiraf oleh 100 buah negara, termasuk Malaysia. Pihak bukan anggota PBB yang mengiktiraf Kosovo adalah Taiwan, Kepulauan Cook, Niue, dan Pemerintahan Tentera Berdaulat Malta.
03) REPUBLIK DEMOKRATIK ARAB SAHRAWI
![]() |
Kredit: Pinterest |
Sahrawi diiktiraf oleh 42 buah negara dan Ossetia Selatan. Malaysia tidak mengiktirafnya.
04) REPUBLIK CHINA (TAIWAN)
![]() |
Kredit: Wikipedia |
05) REPUBLIK OSSETIA SELATAN
![]() |
Kredit: CloudFront |
Ossetia Selatan diiktiraf oleh 5 buah negara, iaitu Rusia, Nicaragua, Venezuela, Nauru, dan Syria. Ia turut diiktiraf oleh 4 buah negara bukan anggota PBB, iaitu Transnistria, Artsakh, Sahrawi dan Abkhazia. Malaysia tidak mengiktirafnya.
06) REPUBLIK ABKHAZIA
![]() |
Kredit: Wikipedia |
Seperti Ossetia Selatan, Abkhazia turut diiktiraf oleh 5 buah negara, iaitu Rusia, Nicaragua, Venezuela, Nauru, dan Syria. Ia turut diiktiraf oleh 4 buah negara bukan anggota PBB, iaitu Transnistria, Artsakh, Sahrawi dan Ossetia Selatan. Malaysia tidak mengiktirafnya.
07) REPUBLIK TURKI CYPRUS UTARA
![]() |
Kredit: Wikipedia |
Buat masa ini, hanya sebuah negara yang mengiktiraf Cyprus Utara, iaitu Turki. Malaysia tidak mengiktirafnya.
08) REPUBLIK ARTSAKH (NAGORNO-KARABAKH)
![]() |
Kredit: 2.bp.blogspot.com |
Tiada negara anggota PBB yang mengiktiraf kedaulatan Artsakh. Hanya 3 buah negara bukan ahli yang memberi pengiktirafan, iaitu Abkhazia, Ossetia Selatan dan Transnistria.
09) REPUBLIK MOLDAVIA PRIDNESTROVIA (TRANSNISTRIA)
![]() |
Kredit: Wikitravel |
Transnistria turut tidak memperoleh pengiktirafan oleh mana-mana negara anggota PBB. Hanya 3 buah negara bukan anggota yang mengiktiraf, iaitu Abkhazia, Ossetia Selatan dan Artsakh.
10) REPUBLIK SOMALILAND
![]() |
Kredit: Somalilandpress.com |
Tiada siapa yang mengiktiraf Somaliland. Namun, ia hanya diiktiraf sebagai wilayah Autonomi bagi negara Somalia.
Sumber: Wikipedia