Himpunan fakta, maklumat, carta serta sejarah.

Shamsul Bahriel. Dikuasakan oleh Blogger.

Translate

Selasa, 26 Mac 2019

FAKTA SEJARAH | Khazar: Di Mana Mereka Sekarang?

0 comments

SIAPAKAH KHAZAR?

Khazar merupakan suatu etnik semi-nomad yang tinggal di bahagian utara Kaukasus sekitar abad ke-6 M, Menurut sumber Yahudi zaman pertengahan, etnik Khazar berasal dari keturunan Khazar bin Togarmah bin Gomer bin Yafits bin Nuh AS. Khazar juga merupakan salah sebuah etnik daripada keluarga besar bangsa Turki.

KEKHAGANAN KHAZARIA

Etnik Khazar mula mendirikan kekhaganan mereka di antara Laut Hitam dengan Laut Kaspia pada pertengahan abad ke-7 M, susulan kejatuhan kekhaganan Gokturk Barat. Mereka berjiran dengan etnik Slavik dan Rus' Kieva di bahagian Eropah Timur.

Pada permulaan abad ke-8 M, orang Yahudi dari Iran dan Byzantin berhijrah menuju ke utara Dagestan yang berada dalam empayar Khazaria serta memeluk agama Judaisme di sana. Namun demikian, Khagan Obadiah yang memerintah Khazaria pada lewat abad ke-8 dan awal abad ke-9 M telah mengisytiharkan agama Yahudi yang tidak berasaskan kitab Talmud sebagai agama rasmi.

Dalam masa yang sama juga, mereka berhadapan dengan dua (2) buah empayar besar, yakni empayar Islam dan Byzantin. Pihak Khazar menjalinkan hubungan yang baik dengan pihak Kristian Byzantin, tetapi menghadapi peperangan menentang tentera Islam Arab di wilayah Kaukasus. Manakala pihak Byzantin pula cuba untuk menyebarkan fahaman Kristian terhadap etnik Khazar. Ketiga-tiga agama samawi ini wujud dalam wilayah Khazaria dengan aman.

KEJATUHAN KEKHAGANAN KHAZARIA

Namun, pada lewat abad ke-9 M, etnik Pecheneg telah mencerobohi kawasan Steppe di Laut Hitam. Pencerobohan ini sedikit sebanyak melemahkan kekhaganan Khazaria. Ditambah pula dengan kemunculan etnik Rus' Kieva yang menjadi musuh utama yang menghancurkan Khazaria. Berdasarkan kronologi, panglima perang Rus', iaitu Askold dan Dir bersama dengan tenteranya membebaskan Kiev (ibu kota Ukraine sekarang) daripada Khazaria pada tahun 862 M.

Tidak terhenti di situ, kekhaganan Khazaria diserang lagi pada tahun 883 M apabila Putera Oleh membebaskan Polinania dan Siveirania daripada mereka. Seterusnya, putera Ihor bergerak menuju ke Laut Kaspia melalui Khazaria untuk membawa balik harta rampasan. Ihor memperoleh sokongan daripada puak Kristan Khazar bagi membantunya memerang Byzantin pada tahun 941 M.

Pada peringkat terakhir kejatuhan Khazaria, Putera Rus', Sviatoslav I Ihorevych memusnahkan kota Itil dan Semender serta merampas Sarkil dan bahagian barat laut Khazaria sekitar tahun 964 hingga 965 M. Akhirnya, Raja Volodymyr Agung berjaya menumpaskan Bulga Volga dan Khazar, serta memaksa mereka membayar mufti. Selepas kekhaganan Khazar jatuh, mereka bercampur-baur dengan etnk-etnik Turki dan Cuman. Setelah itulah, mereka hilang sebagai sebuah etnik yang pupus daripada sejarah.

DI MANAKAH ETNIK KHAZAR SEKARANG?

Setelah empayar Khazaria runtuh, pelbagai teori dan dakwaan yang muncul bagi menyatakan ke manakah hilangnya etnik Turki Khazar ini. Sesetengah pendapat mengatakan, puak Khazar tidak hilang setelah jatuhnya empayar mereka; sebaliknya mereka berhijrah ke arah barat dan membentuk sebahagian daripada teras populasi Yahudi Ashkenazi di Eropah pada kemudiannya. Namun demikian, pandangan ini diragui oleh ramai ilmuan.

Walaubagaimanapun, teori tersebut digunapakai oleh Abraham Eliyahu Harkavi pada tahun 1869 yang juga mendakwa bahawa wujudnya hubungan di antara etnik Khazar dengan Ashkenazi. Ernest Renan pula mengemukakan teori bahawa etnik Khazar telah berubah membentuk sebahagian besar etnik Yahudi Ashkenazi melalui kuliah beliau pada tahun 1883. Kaedah DNA juga pernah dijalankan oleh para saintis bagi mengenalpasti darah keturunan seseorang. Tetapi, kekurangan sampel DNA Khazar menyukarkan lagi pengesahan bahawa Khazar membentuk etnik Yahudi Ashkenazi di Eropah.

PENEMUAN ERAN ELHAIK

Ilmuan yang pernah menjalankan kajian mengenai etnik Khazar ini merupakan seorang ahli genetik kelahiran Israel, iaitu Eran Elhaik. Dalam penulisan beliau yang bertajuk; "Ashkenazic Jews' Mysterious Origins Unravelled by Scientists Thanks to Ancient DNA", Yahudi Ashkenazi adalah Yahudi Eropah. DNA mereka hanya memiliki 3% persamaan dengan etnik-etnik kuno yang menetap di Timur Tengah. 

Berdasarkan pengkajian Eran ini, DNA bagi orang Yahudi Ashkenazi dikesan dari "Ashkenazi Purba". Sedangkan Ashkenaz yang merupakan bapa bangsa Eropah ini merupakan putera Gomer bin Yafits bin Nuh AS. Ini bermakna, etnik Ashkenazi ini, ada yang memeluk agama Judaism sebelum berhijrah ke Palestin bagi mendirikan negara haram di sana.

Selain dari itu, mereka juga memperoleh mutasi orang Asia pada Y-Kromosom mereka, yakni etnik Khazar. Etnik Khazar berasal dari belah Siberia dan termasuk dalam keluarga besar Turki yang pada waktu itu diperintah oleh Ashina. Setelah tewas dalam peperangan, empayar Tang China menghalau mereka menuju ke arah barat hingga ke Laut Hitam.

Menurut Eran lagi, mutasi DNA orang Asia turut ditemui dalam kaum Yahudi Ashkenazi. Tidak dinafikan, bahawa DNA orang Asia yang dimaksudkan adalah etnik Turki Khazar yang memeluk agama Judaisme beramai-ramai pada sekitar abad ke7 hingga ke-8 M. Jadi, etnik Khazar telah diserap masuk ke dalam kaum Yahudi Ashkenazi dan bertutur dalam bahasa Yiddish yang berasal daripada loghat Ibrani.

DAKWAAAN ETNIK KARAITE CRIMEA

Ada juga dakwaan mengatakan etnik Karaite Crimea adalah berketurunan Khazar. Orang yang bertanggungjawab mengkaji tentang etnik Karaite ini adalah Abraham Firkovich yang dilantik oleh kerajaan Rusia. Pada tahun 1846, salah seorang kenalan Firkovich, Vasilli Vasil'evich Grigor'ev  yang merupakan seorang orientalis Rusia berpendapat bahawa Karaite Crimea adalah daripada keturunan Khazar. Namun, hal itu tidak dipersetujui oleh Firkovich.

Firkovich walaubagaimanapun berjaya memohon kepada kerajaan Rusia bagi mengecualikan etnik Karaite daripada undang-undang anti-Yahudi. Alasannya, mereka (Yahudi) telah berhijrah ke Eropah sebelum kematian Jesus serta tidak boleh dipertanggungjawabkan atas kematiannya. 

Selain itu, kaum Yahudi Karait yang menjalankan gerakan keagamaan menafikan, bahawa mereka berasal daripada keturunan Israel (Bani Israel); sebaliknya mereka menganggap mereka adalah dari keturunan Khazar. Ahli pakar sejarah Khazar turut mempersoalkan kaitan anggapan tersebut.

JAWAPAN PAKAR TERHADAP KARAITE CRIMEA

Namun begitu, menurut kajian genetik Brook, tidak ada sebarang bukti bagi mengaitkan etnik Karaite dengan Turki Khazar; sebaliknya mereka ada hubungan dengan Karaite Mesir dan komuniti Yahudi Rabbinikal.

Menurut pakar sejarah Khazar lagi, beberapa perkara yang perlu diberi perhatian kenapa etnik Karaite Crimea tidak boleh dikaitkan dengan Khazar. Pertama; bahasa Karaite adalah dari kumpulan bahasa Kipchak, sedangkan bahasa Karaite adalah dari kumpulan Bulgar. Maka tidak ada hubungan rapat antara kedua-dua bahasa tersebut. Kedua; kitab pegangan Yahudi Khazar adalah Talmud, sedangkan Yahudi Karaite berpegang dengan Tanakh yang tidak mengiktiraf Talmud.

Tambahan pula, etnik Khazar hilang dari sejarah pada abad ke-11, sedangkan etnik Karaite hanya disebut-sebut pada abad ke-14. Pada tahun 1863, etnik Karaite Crimea memperoleh hak yang sama dengan orang Kristian dan Tatar, dan mereka tidak "diusik" sewaktu Holocaust Yahudi oleh puak Nazi Jerman.

KESIMPULAN

Dari sini, kita boleh menyatakan, bahawa etnik Khazar telah diserap masuk ke dalam etnik Ashkenazi dan menggunapakai nama tersebut. Antara tokoh yang berkemungkinan dari etnik Khazar yang diserap masuk ke dalam Ashkenazi adalah Karl Marx (pengasas ideologi Komunisme), Albert Einstein (pengemuka teori relativiti), Adolf Hitler (pemimpin tertinggi Nazi Jerman), Mark Zuckerberg (pengasas Facebook) dan ramai lagi.

p/s: Boleh jadi kemungkinan campuran darah Eropah (Ashkenazi) dan Asia (Khazar) membuatkan mereka menjadi sebuah bangsa yang paling bijak pernah wujud pada saat ini.

Tonton juga: Video Khazar

RUJUKAN:

  1. Wikipedia - Khazars
  2. Wikipedia - Crimean Karaites
  3. Ashkenazic Jews' Mysterious Origins Unravelled by Scientists Thanks to Ancient DNA
  4. Are We All Khazars Now?
  5. Buku - Membongkar Konspirasi Zion Zionis Dalam Merancang Menghancurkan Kekuatan dan Ikatan Negara-Negara Timur Tengah (N.A. Harith)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Facebook