Himpunan fakta, maklumat, carta serta sejarah.

Shamsul Bahriel. Dikuasakan oleh Blogger.

Translate

Selasa, 17 Julai 2018

HIDS - 18 Julai

0 comments
Hari Ini Dalam Sejarah: Agak kurang sejarah yang menarik minat penulis yang bertarikh 18 Julai sepanjang zaman. Tetapi hari ini adalah hari lahir bagi beberapa individu yang terkenal. Siapakah mereka? Kita lihat.

01. Hendrik Lorentz (1853-1928)

Kredit: Wikipedia
Hendrik Lorentz merupakan ahli Fizik Belanda yang memperoleh hadiah Nobel pada tahun 1902 kerana memperkenalkan Kesan Zeeman bersama Pieter Zeeman. Beliau juga menerbitkan persamaan transformasi untuk teori relativiti khusus Einstein. Dilahirkan di Arnhem, dan meninggal dunia di Haarlem, Belanda pada tahun 4 Februari 1974 ketika berusia 74 tahun. 


02. Mohammed Daoud Khan (1909-1978)

Kredit: Wikipedia
Daud Khan adalah Perdana Menteri pertama Afghanistan pada tahun 1953 hingga 1963, dan menjadi Presiden selepas menjatuhkan sepupu pertamanya sendiri, Mohammed Zahir Shah dalam sistem monarki Musahiban. Beliau dilahirkan pada tahun 1909 dan meninggal dunia pada 28 April 1978 di Kabul pada usia 68 tahun akibat dibunuh yang membawa kepada Revolusi Saur oleh Parti Demokratik Rakyat Afghanistan (PDPA), parti komunis. Selepas kematian beliau, peperangan di Afghanistan tidak pernah berakhir, sehingga sekarang. Daud Khan berjasa dalam memodenkan Afghanistan, dengan meningkatkan 50% tenaga kerja. Selain itu, beliau juga telah berusaha memperjuangkan hak-hak kaum wanita. 


03. Nelson Mandela (1918-2013)

Kredit: Wikipedia
Siapa tidak kenal dengan pejuang kemanusiaan revolusi anti-aparteid Afrika Selatan ini? Beliau menjadi Presiden Afrika Selatan dari tahun 1994 hingga 1999. Dilahirkan pada tahun 1918 di Mvezo, Daerah Cape dan meninggal dunia pada 5 Disember 2013 di Johannesburg, Gauten Afrika Selatan akibat masalah pernafasan. Beliau dikebumikan di Perkuburan Mandela Qunu, Timur Cape. 


04. Vin Diesel (1967-Sekarang)

Kredit: specials-images.forbesimg.com
Mark Sinclair, atau dikenali sebagai Vin Diesel merupakan seorang pelakon aksi serta pengarah filem terkenal di dunia. Terkenal dengan filem-filem beliau seperti Fast & Furious, The Chronicles of Riddick series, xXx series dan banyak lagi. Dilahirkan pada tahun 1967 di Alemada County, California, Amerika Syarikat. 


05. Joey Mercury (1979-Sekarang)

Kredit: WWE
Adam Birch, dikenali sebagai Joey Mercury dan merupakan seorang ahli gusti dalam arena WWE. Memulakan karier gustinya pada 12 Oktober 1996. Lahir pada tahun 1979. Beliau pernah beregu dengan John Morrison (atau Johnny Nitro) dan Melina, membentuk kumpulan MNM (Mercury Nitro Melina) pada 27 November 2006. Antara peristiwa terkenal dengan Mercury adalah kecederaan pada hidung beliau sewaktu beregu dengan Nitro melawan The Hardys  (Matt dan Jeff) di Armageddon 2006. Puncanya berlaku apabila kepala beliau terlanggar tangga ketika perlawanan, lalu mencederakan hidung dan tulang orbitnya. Akibat insiden itu, MNM tewas di tangan The Hardys. 

Sumber: Wikipedia


HIDS Saya:

Tidak ada apa-apa peristiwa penting yang saya alami pada tarikh ini sepanjang hidup saya. Kalau ada, saya tidak ingat. Itu sahaja. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Facebook