Himpunan fakta, maklumat, carta serta sejarah.

Shamsul Bahriel. Dikuasakan oleh Blogger.

Translate

Sabtu, 7 Julai 2018

Fakta Umum - Pengenalan Tetikus Komputer

0 comments
https://s3.amazonaws.com

Tetikus pertama di dunia secara rasminya diperkenalkan oleh Douglas Engelbart pada tahun 1964, bersama dengan Bill English yang mempatenkannya pada 17 November 1970. Tetikus pertama ini diperbuat daripada kayu dan lebih besar berbanding tetikus moden yang kita guna sekarang. 

Douglas Engelbart (http://www.latimes.com)

Pada asalnya, tetikus ini dikenali dengan nama "Penunjuk Kedudukan x-y untuk Sistem Paparan". Ianya dinamakan sedemikian kerana ia terdiri daripada dua gear roda yang diletakkan tegak lurus antara satu sama lain dan memberi pergerakan satu paksi dalam satu pergerakan samada paksi x atau y. Peranti ini mula digunakan pada Sistem Komputer Xerox Alto pada tahun 1973. 

Komputer Xerox Alto. (lh3.googleusercontent.com)

Douglas kemudiannya menamakan peranti ini sebagai "Tetikus" setelah mendapati kord yang keluar dari belakangnya yang mengingatkan beliau tentang seekor tikus. Mulai saat itulah, ianya tidak lagi dinamakan "Penunjuk Kedudukan x-y untuk Sistem Paparan"; sebaliknya hanya dengan nama "Tetikus". 

Sayangnya, tetikus ini mempunyai banyak kekurangan. Tetikus sebenarnya mula digunakan secara meluas apabila digunakan pada komputer Apple Lisa.

Komputer Apple Lisa. (i1.wp.com)

Sumber:
  • Buku Fakta Umum Untuk Pelajar: 1001 Fakta Luar Biasa di Dunia
  • computerhope.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Facebook