Himpunan fakta, maklumat, carta serta sejarah.

Shamsul Bahriel. Dikuasakan oleh Blogger.

Translate

Rabu, 20 Jun 2018

5 Punca Terbesar Kematian Rakyat Malaysia

0 comments
Orang Malaysia mati sebab apa, ya? Fakta ini diperoleh daripada Jabatan Perangkaan Malaysia dan dicatatkan pada tahun 2016. 


05. Neoplasma Malignan Trakea, Bronkus dan Paru-Paru

lerablog.org

Penyakit kanser ini mencatatkan sebanyak 1,850 orang. Menyumbang 2.2% punca kadar kematian di Malaysia pada tahun 2016, dan peratusan ini masih tidak berubah dari tahun 2015, walaupun pada 2015, jumlah kematian disebabkan ini adalah lebih rendah, sebanyak 1,809 orang.


04. Kemalangan di Jalan Raya

media.therakyatpost.com

Kemalangan jalan raya direkodkan sebanyak 4,640 kematian. Menyumbang 5.4% punca kematian rakyat Malaysia dan peratusan ini meningkat sebanyak 0.2% dari tahun 2015 yang direkodkan sebanyak 4,190 kematian. Ini bermakna jumlah orang yang meninggal dunia di jalan raya kian meningkat.


03. Penyakit Serebrovaskular

cdn1.medicalnewstoday.com

Penyakit ini mencatatkan 5,876 kematian pada tahun 2016 dan menyumbang 6.9% kepada punca kematian rakyat Malaysia. Peratusan ini walau bagaimanapun menurun sebanyak hanya 0.1% dari tahun 2015. Tetapi, jumlah masih lebih tinggi berbanding tahun 2015 yang sebanyak 5,678 kematian.


02. Pneumonia

www.mayoclinic.org

Statistik mendapati jumlah kematian akibat radang paru-paru adalah sebanyak 10,678 orang pada tahun 2016 berbanding 10,200 orang pada tahun 2015. Sungguhpun bilangan kematian akibatnya meningkat, tetapi peratusan punca kematian rakyat Malaysia akibat pneumonia ini menurun sebanyak hanya 0.1%.


01. Penyakit Jantung Iskemia

swh-826d.kxcdn.com

Berdasarkan maklumat pada tahun 2016, jumlah kematian akibat ini adalah sebanyak 11,310 orang berbanding 11,018 pada tahun 2015, dan ianya menjadi penyumbang terbesar punca kematian rakyat Malaysia, iaitu sebanyak 13.2%. Tetapi, peratusannya menurun sebanyak 0.5% dari tahun 2015. Penurunan yang agak ketara juga. 


Lihat juga: 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Facebook