Himpunan fakta, maklumat, carta serta sejarah.

Shamsul Bahriel. Dikuasakan oleh Blogger.

Translate

Khamis, 5 April 2018

CIS - Commonwealth of the Independent States

0 comments
upload.wikimedia.org

Selain Komanwel British, terdapat sebuah lagi pertubuhan Komanwel di dunia ini; iaitu Negara-Negara Merdeka Komanwel, CIS. Dalam bahasa Rusia; Sodruzhestvo Nezavisimykh Gosudarstv (Содружество Независимых Государств).

CIS terdiri daripada 12 buah negara bekas jajahan Kesatuan Republik Sosialis Soviet, KRSS yang telah jatuh pada tahun 1991 yang berpusat di Minsk, Belarus. CIS diasaskan pada 8 Disember 1991 setelah tiga buah negara Slavik; Rusia, Ukraine dan Belarus menandatangani perjanjian membentuk persekutuan baru bagi menggantikan Soviet yang hancur.

Bendera rasmi CIS. Kredit gambar: upload.wikimedia.org

Slavik kemudiannya disertai oleh Republik Asia Tengah (Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Turkmenistan dan Uzbekistan), seterusnya oleh Republik Transcaucasus (Armenia, Azerbaijan dan Georgia) pada tahun 1993 dan oleh Moldova.

Lithuania, Latvia dan Estonia menolak untuk menyertai CIS. Ketiga-tiga buah negara ini dipanggil negara-negara Baltik.  

qph.fs.quoracdn.net

Namun begitu, Turkmenistan menarik diri daripada CIS pada tahun 2005, manakala Georgia pada tahun 2009. Mereka ini bagaimanapun kekal sebagai negara-negara bersekutu dengan Rusia.

CIS berfungsi menyelaraskan dasar anggotanya mengenai ekonomi, hubungan luar negeri, pertahanan, dasar imigrasi, perlindungan alam sekitar dan penguatkuasaan undang-undang. Mereka juga berjanji mengekalkan angkatan tentera bersenjata dan senjata nuklear bekas Soviet yang ditempatkan di wilayah mereka di bawah satu perintah bersatu.


Sumber: 
  • World Atlas
  • Encyclopedia Britannica
  • Wikipedia


Sumber gambar: cismarket

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Facebook