Himpunan fakta, maklumat, carta serta sejarah.

Shamsul Bahriel. Dikuasakan oleh Blogger.

Translate

Khamis, 1 Februari 2018

Fakta Tentang Gerhana "Super Blue Blood Moon" 31 Januari 2018

0 comments
i.imgur.com

Pada 31 Januari 2018, sebuah fenomena yang teramat jarang berlaku di Bumi ini; iaitu gerhana Bulan Super Blue Blood Moon. Suatu kejadian aneh Bulan secara campuran, iaitu "bulan berdarah", "bulan biru" dan "bulan perigee". Berikut adalah beberapa fakta berkenaan fenomena "Super Blue Blood Moon" yang berlaku semalan.

01) Super Blue Blood Moon berlaku buat pertama kali sejak tahun 1866 di belah Barat Bumi (Amerika Syarikat).

cdn.thedailystar.net

02) Gerhana Super Blue Blood Moon hari ini dilihat paling baik dari Pantai Barat (Amerika) kerana jauh ke timur, bulan berada di bawah ufuk untuk kebanyakan gerhana. 

03) Blood Moon terjadi apabila Bulan kelihatan merah setelah melalui bayangan batin gelap Bumi yang dikenali sebagai Umbra.

04) Di bahagian Amerika, boleh dilihat sekali lagi bagi gerhana "Bulan Berdarah" pada 21 Januari 2019.

static2.businessinsider.com

05) Supermoon atau dikenali sebagai Bulan Perigee berlaku apabila bulan berada di perigee, atau titik di orbit berbentuk elips yang mana ia berada paling dekat dengan Bumi. 

06) Pada 21 Januari 2019 akan turut berlaku kejadian Supermoon.

07) Sewaktu Supermoon, bulan akan kelihatan sedikit lebih besar dan lebih terang daripada kebiasaannya. Ia cerah 14% berbanding biasa. Namun, perbezaan itu sukar untuk dikenalpasti oleh para pemerhati. 

08)  Untuk Bluemoon, ahli Astronomi mempunyai dua definisi yang berbeza; Ia adalah fenomena yang berlaku pada bulan purnama kedua dalam satu bulan. Satu lagi adalah di mana ia berlaku pada bulan purnama ketiga dalam satu musim yang mempunyai empat bulan penuh.

i2-prod.mirror.co.uk

09) Bulan super biru akan melalui bayang-bayang Bumi untuk memperlihatkan gerhana bulan penuh di lokasi yang betul kepada pemerhati. Bulan yang berada di bayang-bayang bumi akan menghasilkan warna merah, dikenali sebagai "bulan darah".

10) Di Malaysia, fasa gerhana bermula dari 7:48 malam hingga 11:11 malam. Fasa Gerhana Penuh bermula dari 8:51 malam, kemuncak gerhana pada jam 9:29 malam dan tamat pada jam 10.07 malam.

11) Gerhana Bulan tidak berlaku setiap bulan kerana satah orbit bulan yang mengelilingi bumi senget 5 darjah berbanding dengan satah bumi ketika mengelilingi matahari. Bayang-bayang bumi yang mengunjur jauh di angkasa lepas berada tepat di atas satah orbit Bumi ini. Jadi, walaupun bulan dalam fasa purnama dan berada bertentangan arah dengan matahari, jika kedudukan satahnya tidak sama dengan bumi, ia akan berada di luar kawasan bayang-bayang Bumi ini, dan gerhana tidak akan berlaku.



Sumber:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Facebook