Himpunan fakta, maklumat, carta serta sejarah.

Shamsul Bahriel. Dikuasakan oleh Blogger.

Translate

Isnin, 5 Februari 2018

10 Kumpulan Metal Terbaik Sepanjang Zaman

0 comments
Saya lebih cenderung untuk mengambil maklumat dari sumber-sumber yang dipercayai. Dalam kes muzik, Rolling Stone, Hit Parader adalah sumber-sumber yang boleh dipercayai bagi menilai kualiti atau populariti muzik mahupun kumpulan-kumpulan muzik. Dalam carta ini, ada 10 kumpulan muzik bergenre Metal yang paling dikenali dan digemari oleh peminat-peminat lagu metal sepanjang zaman. Antaranya:


10) Tool

consequenceofsound.files.wordpress.com
Saya tidak tahu tentang band ini. Lagu mereka pun saya belum pernah dengar. Band ini diasaskan pada tahun 1990 di Los Angeles, California Amerika Syarikat. Band Tool ini memperoleh 2.8 juta peminat di Facebook setakat ini. 


09) Pantera (1981 - 2003)

i.scdn.co
Saya mula kenal Pantera pada penghujung tahun 2012 apabila mendengar lagu tema untuk episod Spongebob Squarepants "Pre-Hibernation Week". Lagunya bertajuk Death Rattle. Tiga tahun kemudian (2015) saya mula gemar lebih banyak lagi lagu-lagu Pantera; iaitu Cemetery Gates, Cowboys From Hell, Psycho Holiday, I'm Broken, Drag the Water dan Revolution is My Name. Sayangnya, band ini tidak mampu bertahan lama selepas kematian guitarist mereka, Dimebag Darrel. Phillip Anselmo adalah salah seorang penyanyi Metal kegemaran saya, dan saya mendengar sendiri berlakunya perubahan suara pada beliau. Suara beliau pada tahun 1990 teramat berbeza dengan suara beliau pada tahun 2000. 

Notis: Tahun mereka aktif sama dengan tahun Dr Mahathir jadi Perdana Menteri.

08) Led Zeppelin

www.ledzeppelin.com
Dikatakan kumpulan ini adalah kumpulan Rock terbaik di dunia. Robert Plant berada di ranking pertama penyanyi Metal terbaik berdasarkan carta Hit Parader. Manakala Jimmy Page termasuk dalam 10 pemain gitar terbaik sepanjang zaman. Lagu popular mereka, Stairway to Heaven merupakan salah sebuah lagu terbaik sepanjang zaman.

07) Judas Priest

images-na.ssl-images-amazon.com
Judas Priest. Saya belum pernah dengar lagu-lagu mereka. Cuma yang saya tahu, penyanyi Rob Halford berada di ranking ke-2 penyanyi metal terbaik sepanjang zaman berdasarkan carta Hit Parader.

06) Megadeth

www.metalinjection.net
"Musuh Metallica" ini saya mula kenal pada tahun 2011 melalui Dave Mustaine, penyanyi dan gitaris kumpulan ini. Apa yang saya faham tentang band ini ialah; ia ditubuhkan selepas Dave dipecat daripada Metallica, yang mana beliau adalah lead guitar asal kumpulan berkenaan akibat ketagihan alkohol serta berkelakuan yang tidak menyenangkan rakan-rakannya. Mungkin disebabkan ingin mencabar atau "dendam", Dave menubuhkan kumpulan Megadeth bersama seorang rakannya, David Ellefson yang merupakan bassist kumpulan ini. 

Megadeth adalah ringkasan kepada Mega-Death, "kematian berjuta". Ada sesetengah pihak mendakwa nama "Megadeth" diambil kerana "dendam" terhadap Metallica yang bertindak memecat Dave; iaitu Metallica Goes Death, "Metallica Sila Meninggal". Saya tidak pasti kenapa nama "Megadeth" diambil untuk kumpulan ini.

Antara lagu yang terbaik pernah saya dengar ialah Hangar 18Holy Wars… The Punishment DueSymphony of Destruction, serta lagu-lagu dalam album-album baru seperti Sudden Death, Public Enemy Number One, dan Dystopia

Walaupun gaya muzik menyamai Metallica (Heavy Metal), namun Dave dan rakan-rakan gagal untuk menandinginya kerana kumpulan mereka kurang dikenali berbanding Metallica. 

05) Slayer

images-na.ssl-images-amazon.com
Saya pernah dengar, tapi tidak berapa kenal kumpulan ini. Malah lagu mereka pun belum pernah saya dengar. Kumpulan ini diasaskan pada tahun 1981. Sama seperti Metallica dan Megadeth, Slayer adalah kumpulan Heavy Metal.

04) Iron Maiden

i.dailymail.co.uk
Gambar latar yang dahsyat, tapi saya juga tidak kenal kumpulan ini. Yang saya kenal adalah Bruce Dickinson, salah seorang daripada 10 penyanyi Metal terbaik sepanjang zaman. Kumpulan British ini diasaskan pada 1975. 

03) Black Sabbath

upload.wikimedia.org
Kumpulan Black Sabbath telah lama, bahkan antara kumpulan Heavy Metal tertua pernah wujud sepanjang zaman, ditubuhkan pada tahun 1968 di Britain. Antara yang paling saya tahu tentang kumpulan ini adalah Ozzy Osbourne (paling kanan gambar) dan Ronnie James Dio. Kedua-dua berada dalam carta penyanyi metal terbaik berdasarkan catatan Hit Parader. Tommy Lommi adalah salah seorang Guitarist terbaik sepanjang zaman, bahkan menjadi ikon dalam kumpulan ini.

02) Dream Theater

dreamtheater.net
Kumpulan Progressive Metal ini ditubuhkan pada tahun 1985 dan berasal dari Amerika Syarikat. Seperti kumpulan Tool dan beberapa kumpulan lain dalam carta ini, saya pun tidak pernah dengar tentang kumpulan ini, dan bagaimana mereka boleh jadi terkenal.  

01) Metallica

www.billboard.com
Haa! Ini dia kumpulan yang paling dikenali ramai sepanjang zaman. Kumpulan Heavy Metal yang memang sudah tidak ada tandingan. Diasaskan sekitar tahun 1981 oleh Lars Ulrich dan James Hetfield. Ahli kumpulan mereka yang asal adalah Cliff Burton (Bassist) dan Dave Mustaine (Lead Guitarist). Namun, disebabkan Dave bermasalah menyebabkan beliau dipecat dari Metallica dan digantikan dengan Kirk Hammett. Manakala Cliff Burton meninggal dunia pada tahun 1986 dan digantikan dengan Jason Newsted. 

Metallica tetap menjadi kumpulan yang hebat, walaupun ketiadaan kelibat Dave dan Cliff. Menerusi lagu OneEnter Sandman, serta tiga siri lagu The Unforgiven menjadikan kumpulan ini mampu bertahan lama dan diminati ramai sehingga hari ini. 

Malangnya, akibat rasa tidak dihargai, Jason pula mengambil keputusan untuk keluar dari Metallica pada tahun 2001. Ini menyebabkan kumpulan Metallica menjadi kucar-kacir. James pula bermasalah. Beliau dihantarkan ke pusat pemulihan akibat ketagihan alkohol. Pada saat itu, Metallica seolah-olah nyawa-nyawa ikan. 

Setelah sembuh dari penyakit, James akhirnya kembali ke Metallica, dan Bassist baru, Robert Trujilio masuk menggantikan Jason Newsted. Dengan kembalinya James dan kemunculan Robert sebagai Bassist baru, mereka berjaya menghasilkan album St. Anger pada tahun 2003, Death Magnetic pada tahun 2008 serta Hardwired...to Self-Destruct pada tahun 2016. Ini menjadikan Metallica masih mampu bertahan sehingga ke saat ini. Hebat bukan?

Sepanjang pemerhatian saya, tidak ada mana-mana kumpulan Metal yang mampu menandingi Metallica. Dave dari kumpulan Megadeth berhasrat untuk menewaskan Metallica, tetapi gagal. Begitu juga dengan kumpulan Guns n' Roses, yang dianggotai Slash dan Axl Rose. Kumpulan itu juga gagal menandingi Metallica sungguhpun mereka mempunyai Guitarist serta Vocalist yang lebih popular berbanding Metallica. Ini disebabkan perpecahan kumpulan serta tindakan ahli kumpulan untuk keluar dari Guns n' Roses, meninggalkan Slash dan Rose. Guns n' Roses akhirnya jatuh dan gagal untuk bertahan lama. 



Segala ulasan dalam carta ini adalah ulasan peribadi saya. Hanya kedudukan yang saya ambil daripada sumber Rolling Stone menerusi undian para pembaca.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Facebook