Himpunan fakta, maklumat, carta serta sejarah.

Shamsul Bahriel. Dikuasakan oleh Blogger.

Translate

Selasa, 23 Januari 2018

Dewan Undangan Negeri: Parti Mana yang Memerintah Negeri-Negeri?

0 comments
Parti yang paling banyak kerusi DUN akan menjadi kerajaan bagi sesebuah negeri. Kita lihat satu per satu jumlah kerusi DUN yang dimenangi oleh sesebuah parti bagi setiap negeri. Data ini adalah berdasarkan keputusan PRU-13 pada tahun 2013 yang lalu. 

01) Johor

Barisan Nasional memperoleh 37 kerusi DUN, PAS 3 kerusi, manakala Pakatan Harapan 16 kerusi (PKR-1, PPBM-1, PAN-1, DAP-13). Jadi, kerajaan negeri Johor dikuasai oleh BN.

02) Kedah

Barisan Nasional memperoleh 20 kerusi DUN, PAS 7 kerusi dan Pakatan Harapan 9 kerusi (DAP-2, PKR-4, PAN-1, PPBM-2. BN adalah kerajaan negeri Kedah. Di Kedah, berlakunya pertembungan sengit di antara PH dengan PAS. 

03) Kelantan

Barisan Nasional memperoleh 12 kerusi DUN, PAS 31 kerusi manakala Pakatan Harapan memperoleh hanya 2 kerusi (PKR-1, PAN-1) di Kelantan. PAS masih menerajui Kelantan.

04) Melaka

Barisan Nasional memenangi 21 kerusi DUN, PAS hanya 1 kerusi, manakala Pakatan Harapan 3 kerusi (DAP-3), dan 3 kerusi lagi adalah Bebas. BN menerajui Melaka.

05) Pahang

Barisan Nasional memenangi 30 kerusi DUN di Pahang. PAS 3 kerusi, manakala Pakatan Harapan 9 kerusi (DAP-7, PKR-2). Jadi BN menerajui negeri Pahang.

06) Perak

Barisan Nasional memenangi 31 kerusi, PAS hanya 5 kerusi, manakala Pakatan Harapan memenangi 23 kerusi (DAP-18, PKR-5). Berlaku persaingan sengit di antara BN dengan PH di Perak. Namun, BN yang menerajui negeri Perak.

07) Perlis

Barisan Nasional kekal menerajui negeri Perlis dengan memenangi 13 kerusi DUN. PAS dan Pakatan Harapan (PKR) masing-masing hanya 1 kerusi.

08) Pulau Pinang

Barisan Nasional memenangi 10 kerusi DUN di Pulau Pinang. PAS hanya 1 kerusi, manakala Pakatan Harapan memenangi 29 kerusi (DAP-19, PKR-10). Pakatan Harapan menerajui negeri Pulau Pinang.

09) Selangor

Barisan Nasional memenangi 12 kerusi DUN di Selangor. PAS 13 kerusi, dan Pakatan Harapan memenangi 29 kerusi (DAP-14, PKR-13, PAN-2). Bebas 2 kerusi. PH masih menerajui negeri Selangor. Tetapi, berlakunya pertembungan sengit bagi ketiga-tiga parti ini. BN menganggap Selangor adalah "lubuk emas" dan akan berusaha untuk merampas kembali daripada PH pada PRU akan datang. 

10) Negeri Sembilan

Barisan Nasional memenangi 21 kerusi. Pakatan Harapan 14 kerusi (DAP-11, PKR-3). BN masih menerajui Negeri Sembilan, walaupun berlaku pertembungan sengit di sini. PH hanya perlu rampas 4 kerusi daripada BN untuk menjadi kerajaan Negeri Sembilan. 

11) Terengganu

Barisan Nasional memenangi 17 kerusi DUN di Terengganu, manakala PAS 14 kerusi. Pakatan Harapan (PKR) hanya 1 kerusi. Ini bermakna BN menerajui negeri Terengganu sungguhpun menang tipis. PAS hanya perlu rampas 2 kerusi DUN daripada BN bagi menjadi kerajaan negeri.

12) Sarawak

Barisan Nasional memenangi 72 kerusi DUN Sarawak, Pakatan Harapan hanya 9 kerusi (DAP-6, PKR-3). BN amat kuat di Sarawak, disebabkan wujudnya gabungan banyak parti kecil. 

13) Sabah

Barisan Nasional memenangi 48 kerusi DUN di Sabah. Pakatan Harapan 11 kerusi (DAP-4, PKR-7), manakala Reformasi Sabah (STAR) memperoleh hanya 1 kerusi. BN masih di hati rakyat Sabah, maka BN masih kuat di Sabah. 

Demikianlah 13 buah negeri yang dipertandingkan kerusi DUN. Dalam 13 negeri, hanya 3 negeri yang diterajui oleh pembangkang; Kelantan (PAS), Pulau Pinang (PH) dan Selangor (PH). Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan tidak dipertandingkan kerusi DUN kerana ia adalah tanah persekutuan. 

Untuk PRU akan datang, mampukah BN mempertahankan kerusi DUN di kesepuluh buah negeri yang diterajui olehnya? Dapatkah PAS mengekalkan Kelantan, serta mampukah PH mempertahankan Pulau Pinang dan Selangor? Kita tunggu dan lihat. 

Jangan lupa, keluar mengundi.

Sumber: Wikipedia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Facebook