Himpunan fakta, maklumat, carta serta sejarah.

Shamsul Bahriel. Dikuasakan oleh Blogger.

Translate

Isnin, 8 Januari 2018

5 Fakta Mengenai Asia Tengah

0 comments
Asia Tengah meliputi lima (5) buah negara bekas jajahan Kesatuan Soviet, iaitu Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan, Tajikistan dan Turkmenistan. Banyak fakta yang boleh kita ketahui tentang wilayah ini. Tetapi di sini hanya terdapat lima (5) sahaja. 


Hell Gate, Turkmenistan

s-i.huffpost.com

"Hell Gate" yang turut dikenali sebagai "pintu neraka" ini terletak di sebuah kota kecil Darvaz, Turkmenistan. Ia ditemui oleh para Geologi sewaktu melakukan penggerudian di kawasan itu sekitar 40 tahun yang lalu. Apabila penggerudian semakin dalam, mereka menemui suatu gua di bawah tanah yang menakjubkan. Namun, mereka tidak berani untuk turun ke sana kerana mengandungi kepekatan gas beracun yang tinggi. Oleh sebab itu, mereka menyalakan api agar gas beracun tersebut habis. Tetapi, api yang mereka nyalakan tidak pernah padam dan terus menyala sehingga kini! Tiada seorang pun yang mengetahui jumlah gas yang ada di situ. 

Versi Video: Hell Gate

Gurun Turkistan antara gurun terluas di dunia

i.pinimg.com

Gurun Turkistan meliputi Gurun Karakum dan Kyzylkum. Mempunyai keluasan sekitar 1,900,000 km per segi. Sebahagian besar kawasan gurun ini berada di Turkmenistan dan Kyrgyzstan. Gurun Turkistan mempunyai ciri-ciri yang sangat kering sehinggakan sukar untuk ditemui tanaman gurun di sini. 


Gempa Bumi 1948

static.ca-news.org

Gempa bumi berskala 7.7 Skala Richter telah menggoncang kota Ashgabat, Turkmenistan pada bulan Oktober 1948. Angka jumlah mangsa yang terkorban adalah seramai lebih kurang 110,000 orang!


Tasik Ysyk Kul antara tasik terdalam di dunia

3049adcdd8243023824d-552d397a6621906aa1989fadd72fcda9.ssl.cf2.rackcdn.com

Tasik Ysyk Kul terletak di pergunungan Tian Shan di bahagian Ysyk-Kul'skaya Oblast, Kyrgyzstan. Ysyk Kul merupakan sebuah tasik air masin yang didakwa sebagai lokasi sebuah kota besar sekitar 2,500 tahun silam. Tasik ini mencapai kedalaman kira-kira 300 meter, dengan titik kedalaman mencapai 668 meter. Sebelum kedatangan Islam, ada legenda mengatakan, suatu ketika dahulu, Raja Ossaunes memiliki telinga mirip dengan telinga keldai. Bagi menyembunyikan rahsia itu, Ossaunes memerintahkan agar semua tukang cukur dibunuh. Namun, seorang tukang cukur berjaya melarikan diri dan menyebarkan rahsia tersebut di suatu telaga. Penemuan arkeologi membuktikan keberadaan peradaban kuno ini bertepatan di lokasi tasik ini.


Tasik Kara-kul, antara tempat pertembungan terhebat Bumi dengan jasad luar angkasa

www.backpackingpanda.com

Ada sebuah tasik di kawasan Kuhistoni, Badakhshan (atau Garniy Badakshan), Tajikistan dinamakan tasik Kara-kul berada pada ketinggian 3,900 meter dari aras laut di pergunungan Pamir. Kara-kul turut dikenali sebagai Qarokul. Tasik ini memiliki diameter sepanjang 25 kilometer. Ia terbentuk akibat dilanggar meteor lebih dari 5 juta tahun yang lalu. Tasik ini berada dalam sebuah lingkaran yang berdiameter 45 kilometer. Ia ditemui melalui imej satelit.



Demikianlah beberapa fakta mengenai tempat-tempat menarik di sekitar Asia Tengah serta beberapa kejadian di sini. In shaa Allah akan ada beberapa buah lagi fakta berkenaan Asia Tengah pada masa-masa akan datang. 



Nota Kaki:
  • Puspa, P. (n.d.). Buku Fakta Untuk Pelajar: Pengetahuan 510 Fakta Paling Luar Biasa. Kuala Lumpur: Synergy Media.
  • Aisy, A. (2015). Buku Pintar Negara-negara di Dunia. Batu Caves: Ar-Risalah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Facebook