Himpunan fakta, maklumat, carta serta sejarah.

Shamsul Bahriel. Dikuasakan oleh Blogger.

Translate

Isnin, 13 November 2017

Carta 5 Negeri Termundur di Malaysia

0 comments
Kalau Selangor merupakan negeri termaju di Malaysia, bagaimana pula dengan negeri termundur? Mari kita lihat 5 buah negeri yang memiliki Indeks Pembangunan Manusia (HDI) terendah di Malaysia. 

Info: HDI atau Human Development Index merupakan suatu kaedah bagi menentukan taraf pembangunan sesebuah negeri atau negara. Ia mengambil kira 3 sudut; jangka hayat, taraf pendidikan serta pendapatan negeri/negara per kapita (penduduk) bagi setiap tahun.



05. Perlis (HDI=0.714)

www.malaysiasite.nl

04. Pahang (HDI=0.705)

pix10.agoda.net

03. Kedah (HDI=0.670)

i1.trekearth.com

02. Kelantan (HDI=0.659)

www.washingtonae.com

01. Sabah (HDI=0.643)

mm.aiircdn.com


Sumber: Wikipedia


Ulasan saya:

Kelantan antara negeri yang memperoleh pendapatan negeri terendah di Malaysia, selain digelar status negeri paling miskin di Malaysia, berikutan pendapatan per kapita (penduduk) rendah. Tetapi, ekonomi negeri Sabah pula tinggi, tetapi apabila diukur dari sudut pendapatan per kapita, Sabah antara yang terendah. Selain itu, jangka hayat di Kelantan dan Sabah juga antara yang terendah di Malaysia. Oleh disebabkan itu, kedua negeri ini mendapat status negeri paling kurang pembangunan di Malaysia.

Berdasarkan pemerhatian saya, saya mendapati kebanyakan rakyat di beberapa buah negeri dalam carta ini bersifat perkauman. Di mana sahaja anda berjumpa dengan mereka, mereka mesti berada dalam satu kumpulan, yang mana kumpulan itu semuanya adalah senegeri dengan mereka. Saya melihat, tiadanya perkembangan sosial dalam kalangan mereka ini boleh menjadi faktor kenapa rakyat di negeri-negeri ini kurang maju. Indeks Pembangunan Manusia bagi kelima-lima negeri ini masih berada di paras sederhana, tidak seteruk di negara-negara luar yang sedang bergolak.  




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Facebook