Himpunan fakta, maklumat, carta serta sejarah.

Shamsul Bahriel. Dikuasakan oleh Blogger.

Translate

Ahad, 1 Oktober 2017

Malaysia vs Amerika Syarikat

0 comments
www.thesundaily.my

Kenapa saya membuat perbandingan antara dua negara ini? AS negara besar dan negara maju, sedangkan Malaysia negara kecil serta negara dunia ketiga. Saya membuat perbandingan antara kedua-dua negara ini kerana mereka mempunyai persamaan dari segi corak serta warna bendera. Lihat gambar di atas (usah dilihat pemimpinnya)! Hampir sama, bukan? Mari kita lihat pula perbezaannya.


1) Populasi

  • Malaysia - 30,949,962 orang
  • AS - 325,995,528 orang
Rakyat AS lebih ramai

2) Ketenteraan (GFP)

  • Malaysia - 0.6423 (#33)
  • AS - 0.0857 (#1)
Ketenteraan AS lebih hebat

3) Hutang Luar Negeri

  • Malaysia - $ 187,500,000,000 (#33)
  • AS - $ 17,910,000,000,000 (#1)
Hutang negara Malaysia jauh lebih rendah

4) Keluaran Dalam Negara Kasar (Pariti Kuasa Membeli)

  • Malaysia - $ 863,800,000,000 (#28)
  • AS - $ 18,860,000,000,000 (#2)
Ekonomi AS jauh lebih besar

5) Pendapatan Per Kapita

  • Malaysia - $ 27,909 setahun ($ 2,325 sebulan)
  • AS - $ 58,210 setahun ($ 4,850 sebulan)
Rakyat AS lebih kaya

6) Keluasan

  • Malaysia - 329,847 km per segi (#65)
  • AS - 9,826,675 km per segi (#3)
Negara AS jauh lebih besar

7) Indeks Jenayah

  • Malaysia - 63.57% (#17)
  • AS - 48.50% (#44)
Kadar jenayah di AS lebih rendah

8) Indeks Pembangunan Manusia

  • Malaysia - 0.789 (#59)
  • AS - 0.920 (#10)
Negara AS lebih maju

9) Kadar Kematian

  • Malaysia - 5.10 orang per 1,000 (#192)
  • AS - 8.20 orang per 1,000 (#85)
Kadar kematian rakyat Malaysia lebih rendah

10) Kadar Bunuh Diri

  • Malaysia - 6.5 orang per 100,000 (#133)
  • AS - 12.6 orang per 100,000 (#48)
Kadar bunuh diri rakyat Malaysia lebih rendah

11) Nilai Mata Wang

  • Malaysia: 1 USD = 4.20 MYR
  • AS: 1 USD = 1 USD
Nilai Dollar AS lebih tinggi

12) Korupsi

  • Malaysia - 49% (#55)
  • AS - 74% (#18)
Negara AS lebih bersih rasuah

13) Inflasi

  • Malaysia - 2.1% (#125)
  • AS - 1.3% (#98)
Negara AS lebih rendah inflasi

14) Kepelbagaian Agama

  • Malaysia - 6.3/10
  • AS - 4.1/10
Malaysia memiliki lebih banyak kepelbagaian agama

15) Kepelbagaian Etnik

  • Malaysia - 0.596 (#59)
  • AS - 0.491 (#85)
Malaysia memiliki lebih banyak kepelbagaian etnik

16) Kecelikan

  • Malaysia - Ranking ke-53 dunia
  • AS - Ranking ke-7 dunia
AS lebih celik (Lebih banyak buku, surat khabar serta sumber)


Ianya adalah suatu perbandingan yang agak kurang logik dan tiada tandingan, kerana AS adalah negara maju yang berbeza dengan Malaysia selaku negara dunia ketiga. Walaubagaimanapun, Malaysia mendahului AS dari segi hutang luar negeri yang rendah, kadar kematian dan bunuh diri yang rendah serta kepelbagaian agama dan etnik yang lebih banyak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Facebook