Himpunan fakta, maklumat, carta serta sejarah.

Shamsul Bahriel. Dikuasakan oleh Blogger.

Translate

Isnin, 23 Oktober 2017

China vs India

0 comments
www.softwaretogo.de

China dan India adalah dua buah negara yang terkenal dengan memiliki populasi paling ramai di dunia. Namun, adakah mereka cukup popular setakat populasi sahaja? Ada banyak lagi. Perbandingan ini menampakkan kita di mana kelebihan dan kelemahan mereka. 


1) Populasi

  • China - 1,379,302,771 orang (#1)
  • India - 1,281,935,911 orang (#2)
Rakyat China paling ramai di dunia

2) Ketenteraan (GFP)

  • China - 0.0945 (#3)
  • India - 0.1593 (#4)
Ketenteraan China lebih hebat

3) Hutang Luar Negeri

  • China - $ 983,500,000,000 (#14)
  • India - $ 507,000,000,000 (#21)
Hutang negara India lebih rendah

4) Keluaran Dalam Negara Kasar (Pariti Kuasa Membeli)

  • China - $ 21,270,000,000,000 (#1)
  • India - $ 8,271,000,000,000 (#3)
Ekonomi China lebih besar

5) Pendapatan Per Kapita

  • China - $ 15,420 setahun ($ 1,285 sebulan)
  • India - $ 6,451 setahun ($ 537 sebulan)
Rakyat China lebih kaya

6) Keluasan

  • China - 9,596,961 km per segi (#4)
  • India - 3,287,263 km per segi (#7)
Negara China lebih besar

7) Indeks Jenayah

  • China - 32.49% (#79)
  • India - 44.49% (#52)
Kadar jenayah di China lebih rendah

8) Indeks Pembangunan Manusia

  • China - 0.738 (#90)
  • India - 0.624 (#131)
Negara China lebih maju

9) Kadar Kematian

  • China - 7.80 orang per 1,000 (#101)
  • India - 7.30 orang per 1,000 (#118)
Kadar kematian rakyat India lebih rendah

10) Kadar Bunuh Diri

  • China - 8.5 orang per 100,000 (#115)
  • India - 16.0 orang per 100,000 (#24)
Kadar bunuh diri rakyat China lebih rendah

11) Nilai Mata Wang

  • China: 1 USD = 6.64 CYN
  • India: 1 USD = 65.02 INR
Nilai Yuan China lebih tinggi

12) Korupsi

  • China - 40% (#79)
  • India - 40% (#79)
Negara China dan India berkongsi kedudukan

13) Inflasi

  • China - 2.1% (#123)
  • India - 4.9% (#173)
Negara China lebih rendah inflasi

14) Kepelbagaian Agama

  • China - 7.3/10
  • India - 4.0/10
China memiliki lebih banyak kepelbagaian agama

15) Kepelbagaian Etnik

  • China - 0.1540 (#138)
  • India - 0.4182 (#88)
India memiliki lebih banyak kepelbagaian etnik

16) Kadar Rakyat Membaca

  • China - 8.00 jam per kapita seminggu (#3)
  • India - 10.24 jam per kapita seminggu (#1)
Rakyat India paling rajin membaca di dunia


Sepertimana AS dan Rusia, perbandingan antara China dan India juga kelihatan tidak adil. Kebanyakannya didahului oleh negara China. Namun, dari sudut penyelewengan dalam negara, China dan India berkongsi kedudukan. Walaupun kebanyakkannya didahului oleh China, India juga tidak kurang hebatnya dari sudut kepelbagaian etnik, kadar kematian lebih rendah, rakyat paling rajin membaca di dunia serta hutang dalam negeri lebih rendah berbanding China. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Facebook