Himpunan fakta, maklumat, carta serta sejarah.

Shamsul Bahriel. Dikuasakan oleh Blogger.

Translate

Ahad, 1 Oktober 2017

China vs Amerika Syarikat

0 comments
www.valuewalk.com

Sekutu China, Rusia hanya mampu manyaingi AS dari sudut ketenteraan, namun tidak mampu menyaingi dari sudut yang lain. Bagaimana pula dengan China? Adakah China mampu manyaingi AS dalam banyak aspek? Kita lihat satu per satu.


1) Populasi

  • China - 1,379,302,771 orang
  • AS - 326,625,791 orang
Rakyat China paling ramai

2) Ketenteraan (GFP)

  • China - 0.0945 (#3)
  • AS - 0.0857 (#1)
Ketenteraan AS hanya sedikit lebih hebat

3) Hutang Luar Negeri

  • China - $ 983,500,000,000 (#14)
  • AS - $ 17,910,000,000,000 (#1)
Hutang negara China jauh lebih rendah

4) Keluaran Dalam Negara Kasar (Pariti Kuasa Membeli)

  • China - $ 23,194,411,000,000 (#1)
  • AS - $ 19,417,144,000,000 (#2)
Ekonomi China paling besar

5) Pendapatan Per Kapita

  • China - $ 16,816 setahun ($ 1,401 sebulan)
  • AS - $ 59,447 setahun ($ 4,953 sebulan)
Rakyat AS lebih kaya

6) Keluasan

  • China - 9,596,961 km per segi (#4)
  • AS - 9,826,675 km per segi (#3)
Negara AS sedikit lebih besar

7) Indeks Jenayah

  • China - 32.49% (#79)
  • AS - 48.50% (#44)
Kadar jenayah di China lebih rendah

8) Indeks Pembangunan Manusia

  • China - 0.738 (#90)
  • AS - 0.920 (#10)
Negara AS lebih maju

9) Kadar Kematian

  • China - 7.80 orang per 1,000 (#101)
  • AS - 8.20 orang per 1,000 (#85)
Kadar kematian rakyat China lebih rendah

10) Kadar Bunuh Diri

  • China - 8.5 orang per 100,000 (#115)
  • AS - 12.6 orang per 100,000 (#48)
Kadar bunuh diri rakyat China lebih rendah

11) Nilai Mata Wang

  • China: 1 USD = 6.64 CYN
  • AS: 1 USD = 1 USD
Nilai Dollar AS lebih tinggi

12) Korupsi

  • China - 40% (#79)
  • AS - 74% (#18)
Negara AS lebih bersih rasuah

13) Inflasi

  • China - 2.0% (#120)
  • AS - 1.3% (#98)
Negara AS lebih rendah inflasi

14) Kepelbagaian Agama

  • China - 7.3/10
  • AS - 4.1/10
China memiliki lebih banyak kepelbagaian agama

15) Kepelbagaian Etnik

  • China - 0.154 (#138)
  • AS - 0.491 (#85)
AS memiliki lebih banyak kepelbagaian etnik

16) Kecelikan

  • China - Ranking ke-39 dunia
  • AS - Ranking ke-7 dunia
AS lebih celik (Lebih banyak buku, surat khabar serta sumber)


17) Kadar Rakyat Membaca

  • China - 8.00 jam per kapita seminggu (#3)
  • AS - 5.42 jam per kapita seminggu (#22)
Rakyat China lebih rajin membaca

18) Indeks Keamanan Global

  • China - 2.242 (#116)
  • AS - 2.232 (#114)
Rakyat AS sedikit lebih aman

19) Mesra Alam (Kebersihan)

  • China - 65.10 (#109)
  • AS - 84.72 (#26)
AS lebih bersih

20) Terbit Buku

  • China - 440,000 tajuk setahun (#1)
  • AS - 304,912 tajuk setahun (#2)
China lebih banyak terbit buku

21) Pencapaian

  • China - 102 pencapaian global (#1)
  • AS - 83 pencapaian global (#2)

China memperolehi lebih banyak pencapaian di peringkat antarabangsa


Melihat akan perbandingan ini, China mampu menyaingi AS dalam pelbagai aspek. Bahkan, China mampu mendahului AS dalam masa-masa terdekat ini. Ada yang mengatakan kuasa besar selepas AS jatuh suatu hari nanti adalah China. Kita hanya tunggu dan lihat apa yang akan terjadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Facebook