Himpunan fakta, maklumat, carta serta sejarah.

Shamsul Bahriel. Dikuasakan oleh Blogger.

Translate

Selasa, 5 September 2017

Kereta Terpantas di Dunia

0 comments
www.venomgt.com

Pada Januari 2013, Guinness World Record telah menobatkan kereta Hennessey Venom GT sebagai kereta dua kerusi terpantas di dunia yang melakukan pergerakan selaju dari 0 hingga 300 km/jam dalam masa 13.61 saat! Pada Februari 2014 pula, Venom GT mencatat kelajuan tertinggi, sekitar 435 km/jam di Landasan Mendarat Pesawat Shuttle yang terletak di Pusat Angkasa NASA. Pada Mac 2016, Venom GT mencapai kelajuan sekitar 427 km/jam di Naval Air Station, Lemoore, California, Amerika Syarikat. Rekod ini sekaligus menewaskan kereta Bugatti Veyron Grand Sport Vitesse dengan perbezaan sebanyak 17.7 km/jam.

Hennessey Venom GT Final Edition telah dijual pada harga $1.2 juta dollar Amerika (RM 5,097,600.00). Kereta ini disokong dengan enjin 7.0-L LSX Twin Turbocharged V8 yang mampu menghasilkan kekuatan 1,451 kuasa kelajuan (bhp). Model Coupe mempunyai jisim sebanyak 1,244 kg dan Spyder sebanyak 1,258 kg.


Sumber:
  • Merry & Arli (n.d.). Bukut Fakta Untuk Pelajar: 1001 Teknologi Dunia yang Terhebat. Kuala Lumpur: Synergy Media. Hlm. 126.
  • Hennessey Venom GT (2017). Diperoleh dari http://www.venomgt.com/.
  • Hennessey Venom GT (n.d.). Diperoleh dari https://en.wikipedia.org/wiki/Hennessey_Venom_GT#Venom_F5

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Facebook