Himpunan fakta, maklumat, carta serta sejarah.

Shamsul Bahriel. Dikuasakan oleh Blogger.

Translate

Khamis, 10 Ogos 2017

Undang-Undang Pelik di Amerika Syarikat

0 comments
Kredit: www.bing.com

Setiap negeri di Amerika Syarikat mempunyai undang-undang tersendiri yang ada kalanya pelik dan tidak masuk akal. Berikut adalah beberapa undang-undang bagi beberapa buah negeri di AS, mungkin boleh jadi petunjuk bagi sesiapa yang ingin melancong ke sana;
  • Kentucky
    • Seseorang itu perlu mandi sekurang-kurangnya sekali setahun atau mereka akan didapati bersalah.
    • Peniaga dilarang memaksa pelanggan memasuki premis perniagaannya dengan niat untuk menjual barang.
    • Tidur di restoran adalah salah di sisi undang-undang.
    • Lexington
      • Seseorang wanita tidak dibenarkan menunggang basikal dengan memakai pakaian mandi, kecuali mereka membawa pisau atau kayu atau diiringi oleh 2 orang anggota polis.
  • New Jersey
    • Kubis tidak boleh dijual pada hari Ahad.
    • Menghirup sup adalah salah di sisi undang-undang.
  • California
    • Los Angeles
      • Dilarang memandikan dua bayi serentak dalam tab yang sama.
    • Las Vegas
      • Adalah menjadi satu kesalahan untuk menggadai gigi palsu.
    • San Francisco
      • Seseorang dilarang untuk mengutip atau membuang kertas warna yang ditabur kepada pengantin.
    • Ventura County
      • Anjing dan kucing hanya dibenarkan mengawan sekiranya mempunyai permit.
    • Wanita dilarang daripada memandu ketika memakai baju kelawar atau gaun tidur.
    • Satu undang-undang yang digubal pada tahun 1925 yang melarang seseorang mengoyangkan badannya ketika menari.
    • Seseorang dilarang menembak haiwan dari dalam kereta kecuali ikan paus.
  • Nebraska
    • Omaha
      • Adalah menjadi satu kesalahan undang-undang untuk sendawa atau bersin di gereja tertentu.
    • Sekiranya kanak-kanak sendawa di dalam gereja, ibu bapanya akan ditahan dan didakwa.
    • Tukang gunting rambut dilarang mencukur bulu dada pelanggan.
  • Texas
    • Menjadi kesalahan untuk seseorang memiliki sepasang playar.
    • Mencuri lembu boleh dikenakan hukuman gantung.
    • Seseorang dilarang meneguk arak lebih daripada 3 kali dalam keadaan berdiri.
    • Dua golongan ini dikecualikan daripada tindakan undang-undang kerana mengintai, iaitu lelaki yang berumur 50 tahun ke atas dan lelaki yang mempunyai satu mata.
    • Penjenayah perlu memaklumkan kepada mangsa mereka sama ada secara lisan atau bertulis dalam tempoh 24 jam sebelum jenayah tersebut dilakukan. Mereka perlu menyatakan mengenai bentuk jenayah yang akan mereka lakukan.
    • Kerajaan mengharamkan Encyclopedia Britannica kerana mengandungi formula untuk membuat arak di rumah.
    • Corpus Christie
      • Adalah salah untuk membela buaya di dalam rumah.
    • Galvestone
      • Adalah menjadi satu kesalahan untuk membiarkan unta terlepas di jalan raya.
  • Pennsylvania
    • Philadelphia
      • Penduduk tidak boleh meletakkan biskut pretzels di dalam beg berdasarkan Akta 1760.
    • Seseorang lelaki tidak dibenarkan membeli arak tanpa kebenaran bertulis daripada isteri masing-masing.
  • Arkansas
    • Adalah salah untuk tersalah sebut nama negeri tersebut. Cara menyebutnya; R Can Saw.
  • Tennessee
    • Adalah salah untuk memandu kereta semasa tidur.
    • Adalah dilarang untuk menjual bologna (sandwich daging) pada hari Ahad.
  • New York
    • Adalah salah untuk seorang yang buta memandu kenderaan.
  • Georgia
    • Menjadi satu kesalahan untuk menampar lelaki di depan atau belakang badannya.
    • Tukang gunting rambut tidak boleh mengiklankan harga perkhidmatan mereka.
    • Atlanta
      • Seseorang dilarang menambat zirafah pada tiang lampu atau tiang telefon.
    • Flowery Branch
      • Menjerit snake adalah menyalahi undang-undang.
  • Louisiana
    • Satu draf undang-undang dicadangkan kepada parlimen yang antara lain menetapkan bayaran gunting rambut kepada orang botak adalah 25 sen.
  • Michigan
    • Rochester
      • Seseorang yang mandi di khalayak ramai harus membenarkan pakaian mandi mereka diperiksa oleh pegawai polis terlebih dahulu.
    • Pasangan yang berkahwin perlu tinggal bersama atau mereka boleh dipenjarakan.
    • Adalah menjadi kesalahan untuk seorang wanita mengangkat kainnya lebih daripada 15 sentimeter ketika melalui lopak.
    • Rambut isteri adalah milik suami. Seorang isteri tidak memotong rambut tanpa kebenaran suami.
  • Utah
    • Burung turut memiliki hak untuk berada di lebuh raya.
  • Ohio
    • Penduduk boleh membela beruang dengan berlesen.
  • Rhode Island
    • Providence
      • Adalah menjadi satu kesalahan untuk melompat daripada jambatan.
  • Florida
    • Adalah menjadi satu kesalahan untuk membawa haiwan ternakan di dalam bas sekolah.
    • Miami
      • Meniru gerak laku haiwan adalah dilarang.
      • Seseorang dilarang menggunakan skate board di dalam balai polis.
  • North Carolina
    • Adalah menjadi satu kesalahan untuk anjing bergaduh dengan kucing.
    • Adalah menjadi kesalahan untuk arnab berlumba di jalan raya.
  • Virginia
    • Ayam hanya boleh bertelur dari pukul 8 pagi hingga 4 petang.
  • Washington
    • Seseorang tidak boleh membawa senjata api tersembunyi yang berukuran lebih 1.8 meter.
  • Connecticut
    • Menjadi satu kesalahan bagi seorang lelaki menulis surat cinta kepada gadis yang mana ibu bapanya melarang hubungan berkenaan.
    • Suami dilarang mencium isteri pada hari Ahad.
    • Hartford
      • Melatih anjing adalah salah di sisi undang-undang.
      • Dilarang melintas jalan menggunakan tangan.
    • Devon
      • Berjalan secara mengundur selepas Matahari terbenam (malam) adalah menyalahi undang-undang.
  • Colorado
    • Kucing peliharaan yang dibiarkan bebas perlu dipasang lampu pada ekornya.
    • Logan County
      • Lelaki tidak dibenarkan mencium wanita yang sedang tidur.
    • Denver
      • Pastikan untuk tidak meminjamkan pembersih hampa gas kepada jirang kerana perbuatan itu salah di sisi undang-undang.
  • West Virginia
    • Seseorang dilarang memasak kubis kerana baunya dan melanggar arahan itu boleh dikenakan hukuman penjara.
    • Bayi sahaja yang dibenarkan berada di dalam baby carriage.
  • Missouri
    • Seorang lelaki mesti memiliki lesen untuk bercukur.
  • Illinois
    • Kirkland
      • Lebah tidak dibenarkan terbang di kawasan bandar.
    • Rakyat dilarang menggunakan Bahasa Inggeris. Mereka perlu menggunakan bahasa rasmi, iaitu Bahasa Amerika.
  • Vermont
    • Seseorang wanita diwajibkan untuk mendapat kebenaran bertulis daripada suami untuk memakai gigi palsu.
    • Wanita dilarang menjilat stem di tempat awam.
  • Maine
    • Berjalan-jalan tanpa diikat tali kasut adalah suatu kesalahan.
  • Chicago
    • Memancing dengan memakai baju tidur adalah salah di sisi undang-undang.
  • Alabama
    • Penduduk dilarang bermain domino pada hari Ahad.
  • Minnesota
    • Seluar dalam lelaki dan seluar dalam wanita tidak dibenarkan disidai pada ampaian yang sama.
    • Tidur tanpa pakaian adalah salah di sisi undang-undang.
    • Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dilarang menggunakan telefon, kecuali di bawah pengawasan ibu bapa.
  • Hawaii
    • Dilarang ketawa selepas jam 10.00 malam.
  • Alaska
    • Seseorang dilarang melihat rusa dari atas kapal terbang.
  • South Dakota
    • Seseorang wanita yang tidak mempunyai suami tidak dibenarkan menunggang motorsikal pada hari Ahad.
  • Massachusetts
    • Lelaki yang menyimpan janggut perlu memiliki lesen khas.
    • Boston
      • Dahulu, seseorang dilarang memelihara anjing yang melebihi ketinggian 10 inci.
      • Dahulu, penduduk dilarang mandi lebih daripada sekali dalam seminggu.
  • Iowa
    • Marshall Town
      • Kuda dilarang memakan pili bomba.
    • Ottumwa Town
      • Seseorang lelaki dilarang mengenyitkan mata kepada perempuan yang tidak dikenali.
  • Maryland
    • Baltimore
      • Seseorang dilarang membawa singa menonton wayang.
  • Indiana
    • Mandi sewaktu musim sejuk adalah dilarang.

Sumber:
  • Nasron, S.R. (2013). 888 Fakta Pelik & Menarik. Shah Alam: Alaf 21. Hlm. 45-58.
  • Zulkifli, I. (2014). Koleksi Trivia: Fakta Pelik Tapi Benar. Kuala Lumpur: Darul Taklim. Hlm. 165-181.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Facebook