Himpunan fakta, maklumat, carta serta sejarah.

Shamsul Bahriel. Dikuasakan oleh Blogger.

Translate

Khamis, 31 Ogos 2017

Negeri Paling Maju di Malaysia

0 comments
(Kredit: Wikipedia)

Sepertimana yang kita tahu, Norway merupakan negara paling maju di dunia dan ia dikira berdasarkan Indeks Pembangunan Manusia (HDI). HDI bagi Norway adalah sebanyak 0.944. Tahukah anda? Di Malaysia pula, negeri termaju adalah negeri Selangor Darul Ehsan dengan indeks HDI sebanyak 0.810. Kedudukan negeri Selangor adalah paling strategik kerana di dalamnya terletak ibu negara, Kuala Lumpur yang menjadi tumpuan masyarakat dunia terhadap Malaysia. Di Selangor juga memiliki pelabuhan utama negara, disertai dengan Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) serta litar sepang.

Selain menjadi negeri ekonomi terbesar di Malaysia, rakyat Selangor turut menikmati infrastruktur yang sangat maju untuk kluster-kluster industri utama dan merupakan tempat pelaburan yang mantap, disokong oleh kerajaan negeri yang sangat baik serta ekosistem komersial yang maju. Di samping itu, Selangor turut dikenali sebagai negeri yang memiliki tenaga kerja pengetahuan yang sangat mahir dan inovatif serta gaya hidup kosmopolitan yang menarik.

Luaskan kilangmu.


Sumber:
  • Why Selangor? (2017). Dipetik dari http://investselangor.my/Why-Selangor/.
  • States and federal territories of Malaysia. Dipetik dari https://en.wikipedia.org/wiki/States_and_federal_territories_of_Malaysia#cite_note-pmr.penerangan.gov.my-1.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Facebook