Himpunan fakta, maklumat, carta serta sejarah.

Shamsul Bahriel. Dikuasakan oleh Blogger.

Translate

Khamis, 31 Ogos 2017

Nama Paling Popular dalam Sejarah

0 comments
(Kredit: Islamicity.com)

Akhbar The Independent mengeluarkan kenyataan bahawa nama yang paling banyak dipakai oleh manusia adalah "Muhammad". Pada mulanya mereka mendapati bahawa nama Oliver berada di atas sebagai nama yang paling kerap digunapakai. 

Namun, kenyataan itu kurang tepat apabila mereka mendapati ejaan nama "Muhammad" adalah berlainan seperti Mohamad, Mohammad, Muhd, Mohd, Ahmad, Hamid, Hamdan, Hamidun, dan nama saya, Muhamad Shamsul Bahriel bin Abd Rahman menggunakan nama Muhamad di hadapan. Kesemua nama ini membawa satu erti; yakni "terpuji". 

Sebab itulah nama "Muhammad" berada di atas sebagai nama paling popular dalam kalangan manusia. Lebih-lebih lagi, nama ini digunakan oleh umat Islam di seluruh dunia, dan Islam adalah agama kedua terbesar di dunia. Itu belum diceritakan lagi bilangan orang yang masuk Islam setiap tahun, dan menukarkan nama mereka kepada "Muhammad" dan yang seerti dengannya. 

Nama "Muhammad" dan yang seerti dengannya dicatatkan oleh akhbar the Independent, digunakan oleh 150,000,000 kaum lelaki, kanak-kanak serta bayi lelaki yang lahir setiap tahun. Sebab itu, tidak salah kalau saya menyatakan bahawa Michael H. Hart meletakkan Nabi Muhammad SAW di tangga pertama sebagai tokoh paling berpengaruh dalam sejarah, kerana nama baginda banyak digunakan oleh umatnya. 


Sumber:
  • Most popular baby names: The top 20 boys and girls names in England and Wales (15 Ogos 2014). Diperoleh dari http://www.independent.co.uk/news/uk/home-news/most-popular-baby-names-the-top-20-boys-and-girls-names-in-england-and-wales-9671635.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Facebook