Himpunan fakta, maklumat, carta serta sejarah.

Shamsul Bahriel. Dikuasakan oleh Blogger.

Translate

Isnin, 21 Ogos 2017

Kod Kitar Semula Plastik

0 comments
(Kredit: i.ytimg.com)

Tahukah anda?

Setiap produk plastik memiliki kod-kod yang tersendiri, bergantung kepada sifat serta kegunaannya. Plastik diperbuat dari bahan petroleum. Setiap pengguna harus bijak dalam menggunakan produk-produk plastik supaya ia tidak membahayakan mereka. Berikut adalah kod-kod kitar semula plastik mengikut urutan kepada paling sukar untuk terurai.

Label Nombor 1 - PETE (polyethylene terephthalate)


(Kredit: www.earthfirst.net.au)

  • Plastik paling mudah dan umum untuk dikitar semula.
  • Disyorkan hanya sekali pakai kerana jika terlalu kerap memakainya, lebih-lebih lagi untuk menyimpan air panas atau suam, akan mengakibatkan lapisan polimer pada plastik meleleh dan mengeluarkan zat karsinogenik yang boleh menyebabkan kanser.
  • Kegunaan
    • Pembungkusan botol air mineral
    • Minuman soda
    • Plastik pembungkusan ubat-ubatan
    • Bekas pembungkusan produk-produk lain
  • Dikitar semula menjadi
    • Baju hujan
    • Sleeping bag
    • Jaket
    • Beg
    • Plastik
    • Tali
    • Sikat
    • Alat Perkakasan

Label Nombor 2 - HDPE (high-density polyethylene)


(Kredit: khba1.files.wordpress.com)


  • Kegunaan
    • Botol detergen
    • Botol susu
    • Botol syampu
    • Botol minyak pelincir motor
  • Dikitar semula menjadi
    • Mainan
    • Paip
    • Tali

Label Nombor 3 - PVC (polyvinyl chloride)


(Kredit: thisrecycler.files.wordpress.com)

  • Kegunaan
    • Paip PVC
    • Tirai bilik mandi
    • Tiub untuk keperluan perubatan

Label Nombor 4 - LDPE (low-density polyethylene)


(Kredit: www.greenpeace.org.au)

  • Kegunaan
    • Beg plastik

Label Nombor 5 - PP (polyethylene)


(Kredit: www.aeconline.org)

  • Kegunaan
    • Tupperware
    • Air mineral cawan

Label Nombor 6 - PS (polystyrene[Styrofoam]


(Kredit: www.earthfirst.net.au)

  • Jika dibiarkan di udara luar, ia sangat sukar untuk terurai
  • Kegunaan
    • Bekas makanan atau minuman pakai buang
    • Tempat daging di pasar raya
    • Bahan penebat
  • Dikitar semula menjadi
    • Pita kaset
    • Bahan penebat buih

Label Nombor 7 - Other


(Kredit: blog.fitato.fit)

  • Paling sukar untuk dikitar semula
  • Diperbuat daripada gabungan bahan-bahan plastik dari kelompok berlabel 1 hingga 6 atau bahan plastik yang diformulasikan secara khusus

Sumber:
  • Sharapova, I. (n.d.). Buku Fakta Untuk Pelajar: 1001 Fakta Ekosistem Terunik di Dunia. Kuala Lumpur: Synergy Media. Hlm. 46-48.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Facebook