Himpunan fakta, maklumat, carta serta sejarah.

Shamsul Bahriel. Dikuasakan oleh Blogger.

Translate

Jumaat, 18 Ogos 2017

Haiwan Bertulang Belakang Terkecil di Dunia

0 comments
Kredit: www.leisurepro.com

Haiwan vertebrata, atau bertulang belakang terkecil adalah spesis Paedocypris progenetica. Ia dijumpai pada tahun 2006 oleh tiga orang ilmuan; iaitu Maurice Kottelat (Switzerland), Tan Heok Hui (Muzium Penyelidikan Biodiversiti Raffles, Singapura) dan Kai-Erik Witte (Institut Max Planck, Jerman). Ikan ini ditemui di dalam sebuah paya di Indonesia.

Panjang ikan ini hanya sebesar seekor nyamuk; iaitu 7.9 milimeter (0.79 cm),dan untuk mengukurnya, perlu menggunakan mikroskop stereoskop supaya memperoleh bacaan yang tepat. 

Ikan ini memiliki tubuh badan lut sinar, bermula dari bahagian kepala hingga ke hujung ekor. Apa yang lebih menakjubkan tentang ikan ini ialah, ia mampu hidup dalam air yang memiliki tahap keasidan yang tinggi; iaitu sebanyak pH3.


Sumber:
  • Saifulrizal, S. (2017). Majalah Infiniti Edisi ke-94. Kuala Lumpur: Utusan Karya Sdn. Bhd. Hlm. 78-81.
  • Kamaladewi, N. (n.d.). Buku Fakta Untuk Pelajar: 1001 Fakta Aneh yang Terkenal di Dunia. Kuala Lumpur: Synergy Media. Hlm. 78.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Facebook