Himpunan fakta, maklumat, carta serta sejarah.

Shamsul Bahriel. Dikuasakan oleh Blogger.

Translate

Ahad, 13 Ogos 2017

Gunung Terbesar di Dunia

0 comments
Gunung Mauna Loa (Kredit: Wikipedia)
Jika gunung Everest adalah puncak tertinggi dan gunung Mauna Kea adalah gunung tertinggi, gunung terbesar di dunia pula jatuh kepada gunung Mauna Loa yang terletak di Kepulauan Hawaii.

Gunung Mauna Loa beserta 'jiran-jiran'-nya di Kepulauan
Hawaii (Kredit: volcano.si.edu)
Gunung Mauna Loa memiliki ketinggian 4,169 meter dari paras laut, dan sedikit lebih rendah berbanding Mauna Kea. Mauna Loa memiliki luas kawasan dasar sekitar 5,200 km per segi dan memiliki isipadu sekitar 42,000 km padu. Sungguhpun lebih rendah berbanding Mauna Kea, Mauna Loa memiliki keluasan serta jisim yang lebih besar.

Gunung Mauna Loa termasuk dalam rangkaian gunung berapi di Kepulauan Hawaii. Letusan gunung berapi yang terjadi jutaan tahun yang lampau menghasilkan lava yang membentuk sebuah bahkan banyak pulau. Mauna Loa adalah salah satu daripada gunung berapi yang menghasilkan pulau dan daratan di Hawaii.


Sumber:
  • Biggest Mountain: Mauna Loa (2015). Diperoleh dari http://www.extremescience.com/mauna-loa.htm.
  • Kamaladewi, N. (n.d.). Buku Fakta Untuk Pelajar: 1001 Fakta Aneh yang Terkenal di Dunia. Kuala Lumpur: Synergy Media. Hlm. 121.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Facebook