Himpunan fakta, maklumat, carta serta sejarah.

Shamsul Bahriel. Dikuasakan oleh Blogger.

Translate

Ahad, 20 Ogos 2017

10 Kebiasaan yang Merosakkan Otak

0 comments
Kredit: nootropicnation.com

Otak adalah salah satu daripada organ-organ terpenting dalam tubuh badan manusia untuk terus menjalankan kehidupan dengan baik. Namun, kesihatan otak perlu dijaga supaya kita tidak terjebak dalam permasalah mental dan pemikiran negatif. Malangnya, begitu ramai individu pada hari ini masih meremehkan hal ini, dan tanpa disedari otak mereka sudah tidak dapat berfungsi dengan baik. Sebab itu ramai di antara mereka yang mengalami masalah mental dan kemurungan. Berikut adalah 10 perkara yang manusia sering lakukan dan menjadi penyebab otak menjadi rosak.

10) Jarang berbicara


Apabila melakukan percakapan atau ucapan yang mantap, ia boleh memberikan kesan yang positif terhadap otak. Jadi, mulalah bercakap tentang perkara yang berfaedah dengan ahli keluarga mahupun teman-teman. Jangan jadi pendiam sepanjang masa. Ianya tidak baik untuk kesihatan otak.




Namun, jika tidak mampu mencegah perkara 10 di atas, maka jangan amalkan 9 perkara di bawah ini;

09) Menutup kepala ketika tidur

Apabila menutup kepala sewaktu tidur, karbon dioksida yang dihasilkan akan mencemari otak, disebabkan ianya tidak dapat dilepaskan ke udara dengan baik. Jika dibiarkan, lama-kelamaan boleh menjejaskan otak.

08) Banyak bekerja atau belajar ketika sakit

Bekerja atau belajar terlalu kuat ketika tidak sihat boleh mengakibatkan kerosakan pada otak. Jadi, berehatlah dan jangan memaksa otak untuk bekerja keras. 

07) Masalah tidur

Tidur merehatkan otak. Bila kurang tidur, ia mengakibatkan sel-sel otak mati. Namun, terlebih tidur pula boleh menyebabkan seseorang menjadi malas dan lambat. Maka, tempoh tidur yang paling ideal adalah sekitar 6 hingga 8 jam sehari.

06) Pengambilan gula berlebihan

Terlalu banyak dalam pengambilan gula menyebabkan kemampuan tubuh untuk menyerap protein dan nutrisi berkurang, serta berlakunya gejala kekurangan nutrisi. Kesannya, perkembangan sel otak terganggu. Jadi, kurangkan pengambilan gula. Lebih-lebih lagi, gula boleh menyebabkan kencing manis. 

05) Kekurangan rangsangan pada otak

Cara terbaik untuk melatih otak adalah dengan cara berfikir. Jika tidak banyak berfikir, otak akan mengecil, dan tidak akan mampu bekerja secara optimal. Jadi, untuk melatih otak menjadi selalu aktif dan kreatif adalah dengan rajin membaca, mendengar muzik serta bermain catur atau scrabble. Jangan lupa baca al-Quran.

04) Pencemaran udara

Otak memerlukan banyak bekalan oksigen untuk terus menjalankan tugas. Jika manusia berada di persekitaran yang memiliki kualiti udara yang buruk, ia boleh mengakibatkan otak tidak dapat bekerja secara maksimum; sekaligus mengganggu fungsi otak.

03) Makan terlalu banyak

Makan berlebihan, terutamanya yang mengandungi lemak akan mengakibatkan pembuluh darah otak tersumbat, oleh kerana kandungan lemak dalam makanan. Oleh itu, makanlah secara normal dan berhenti sebelum kenyang.

02) Merokok

Rokok membahayakan kesihatan, bahkan ianya sudah menjadi haram di sisi Islam kerana mudaratnya yang lebih banyak. Antaranya, boleh merosakkan otak. Merokok dalam jangka waktu lama boleh mengakibatkan otak mengecil serta hilang kemampuannya. Perokok juga akan mudah diserang penyakit Alzheimer; suatu penyakit yang menjejaskan fungsi otak dan mengakibatkan hilang ingatan. 

01) Tidak sarapan pagi

Ramai orang tidak memanfaatkan sarapan pagi dengan pelbagai alasan. Jika tidak sarapan, maka perut akan kosong dan ia akan menurunkan kadar gula dalam darah. Akibatnya, otak akan mengalami kekurangan nutrisi yang memberi kesan kepada penurunan fungsinya. Sarapan yang baik bukanlah makanan yang berat; sebaliknya segelas air dan jus buah sudah mencukupi.


Sumber:
  • Kamaladewi, N. (n.d.). Buku Fakta Untuk Pelajar: 1001 Fakta Aneh yang Terkenal di Dunia. Kuala Lumpur : Synergy Media. Hlm. 16-17.
  • Puspa, P. (n.d.). Buku Fakta Untuk Pelajar: Pengetahuan 510 Fakta Paling Luar Biasa di Dunia. Kuala Lumpur: Synergy Media. Hlm. 267-270.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Facebook