Himpunan fakta, maklumat, carta serta sejarah.

Shamsul Bahriel. Dikuasakan oleh Blogger.

Translate

Sabtu, 10 Jun 2017

Negara yang Paling Beragama di Dunia

0 comments

Arab Saudi dinobatkan sebagai negara yang paling beragama di dunia. Melihat pada gambar sahaja sudah cukup untuk menyatakan ketinggian keagamaan di negara ini. Saudi adalah salah sebuah daripada negara-negara yang masih mengamalkan sistem raja sebagai ketua negara. Saudi juga merupakan negara yang memiliki peraturan syariah paling kuat di dunia. Umat Islam di Arab Saudi adalah antara yang terpadat di dunia. Al-Quran dan as-Sunnah adalah sumber utama. 

Saudi adalah satu-satunya negara yang mengamalkan sistem hukum hudud; potong tangan bagi mencuri, sebat atau rejam bagi para penzina serta hukuman bunuh atau pancung bagi kesalahan-kesalahan membunuh dan lain-lain lagi. 

Sementara Israel pula diletakkan di tempat kedua sebagai negara paling beragama di dunia. Namun, terdapat kontradiksi yang menyatakan lebih daripada 60% rakyat Israel tidak mempercayai agama. Mungkin Israel negara beragama disebabkan oleh negara Palestin (Gaza dan Tebing Barat) yang masih kukuh di bawah pemerintahan beragama. Di Palestin (Sekarang Israel) juga berkumpulnya 3 agama terbesar di dunia; Islam Kristian dan Yahudi. Ada di antara 3 agama ini berpihak pada Palestin dan ada yang berpihak pada Zionis Israel.


Sumber:
  • The 10 most religious countries in the world.Diperoleh dari: https://www.aol.com/article/news/2017/04/17/the-10-most-religious-countries-in-the-world/22043041/
  • List of Top 10 Most Religious Countries. Diperoleh dari: http://www.christianpost.com/news/list-of-top-10-most-religious-countries-released-180988/#DSMI457VbeK6UUCD.99
  • Islam in Palestine. Diperoleh dari: https://en.wikipedia.org/wiki/Islam_in_Palestine

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Facebook