Pada mulanya, penulis menganggap bahawa Amerika Syarikat adalah negara yang paling maju di dunia. Tetapi sebenarnya tidak. Apabila dilihat kembali, kebanyakan negara maju berada di benua Eropah. Dan, negara paling maju jatuh kepada Norway. Hal ini dikira berdasarkan Indeks Pembangunan Manusia (HDI). Ada 3 dimensi pengiraan HDI; yakni mengambil kira jangka hayat, sistem pendidikan serta taraf hidup. Norway mencatat indeks HDI tertinggi sebanyak 0.944, berbanding Amerika Syarikat di tangga ke-5 dengan indeks HDI sebanyak 0.914. Sungguhpun demikian, AS tetap tergolong dalam senarai negara-negara termaju di dunia.
Jangka hayat bagi negara Norway amat tinggi; 80 tahun bagi lelaki dan 84 tahun bagi wanita. Norway juga berada di tangga ke-8 negara terkaya di dunia dengan GDP per kapita $69,296. Norway adalah salah sebuah daripada negara-negara pengeluar minyak dan gas asli terbesar di dunia selain dari negara-negara Arab. Ekonomi di Norway bergantung kepada galian, gas asli, petroleum, hydropower, air segar dan makanan laut. Di Norway juga, anda boleh merasakan kualiti hidup yang tinggi, kurang kadar pengangguran dan negara yang paling demokrasi di dunia.
Sumber:
- HUMAN DEVELOPMENT INDEX AND ITS MEASUREMENT. Diperoleh dari: https://www.slideshare.net/arslan_bzu/human-development-index-27698915
- Top 10 Most Developed Countries in the World. Diperoleh dari: http://www.trendingtopmost.com/worlds-popular-list-top-10/2017-2018-2019-2020-2021/world/most-developed-countries-world-highly/
- Top 10 Highly Developed Countries in the World. Diperoleh dari: http://www.topteny.com/top-10-highly-developed-countries-in-the-world/