![]() |
| Ikan Layar Pasifik (Istiophorus Albicans) |
Ikan terpantas di dunia jatuh kepada ikan layar atau dikenali sebagai sailfish. Ikan ini bergerak dalam air selaju 110 km/j. Ikan layar ini membiak dengan pantas. Mereka mampu menetas 36 jam selepas keluar dari induk. Terdapat dua spesis utama bagi ikan layar; iaitu Itstiophorus Albicans yang berada di Lautan Pasifik dan Istiophorus Platypterus yang berada di Lautan Atlantik.
Ikan layar rata-rata bersaiz sekitar 1.7 ke 3.4 meter panjangnya, dan memiliki jisim seberat sekitar 54.4 ke 100 kg. Ikan layar adalah ikan pemangsa yang hanya memakan daging (Karnivor).
| Ikan Layar Atlantik (Istiophorus Platypterus) |
Sumber:
- Sailfish. Diperoleh dari: http://animals.nationalgeographic.com/animals/fish/sailfish/
- Kamaladewi, N. (n.d.). Buku Fakta Pelajar: 1001 Fakta Aneh yang Terkenal di Dunia. Kuala Lumpur: Synergy Media. m/s: 77.
