Berdasarkan keputusan diperoleh hasil kaji selidik melalui atas talian yang dijalankan Oriental Daily, berikut adalah 10 ahli politik yang paling menjadi pilihan untuk menjadi Perdana Menteri. Hasil undian dalam carta ini berjumlah 14,602. Siapakah di antara mereka yang paling layak?
10. Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (0.74%/108 undi)
www.mynewshub.cc |
Ulasan: Sungguhpun memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri pada hari ini, undian daripada Oriental Daily tidak menunjukkan sokongan pada Zahid. Bagi saya, orang mungkin sudah menilai bagaimana gaya kepimpinan yang diamalkan oleh Zahid yang menunjukkan bahawa beliau kurang layak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.
09. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin (1.50%/219 undi)
utaranews.com |
Ulasan: Pada pendapat saya, Muhyiddin agak kurang popular di mata rakyat. Namun, keberanian beliau menegur Najib suatu ketika dahulu menunjukkan beliau masih layak untuk menjadi Perdana Menteri sungguhpun beliau dipecat daripada menjadi Timbalan Perdana Menteri beberapa lama selepas itu.
08. Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak (3.81%/556 undi)
Ulasan: Walaupun beliau memegang jawatan sebagai pemimpin nombor satu negara pada hari ini, Najib dilihat tidak begitu disukai oleh rakyat, berikutan dengan skandal-skandal yang melibatkan diri beliau, terutamanya 1MDB, RM 2.6 billon dan sebagainya. Rakyat menyaksikan PRU ke-13 yang lepas menunjukkan bahawa sokongan terhadap Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Najib semakin berkurangan dan semakin berpihak pada pihak pembangkang, sungguhpun BN menang. Bila-bila masa sahaja, Najib bakal jatuh jika sekiranya beliau gagal menawan hati rakyat sebelum Pilihanraya yang seterusnya berlaku.
07. Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail (6.26%/914 undi)
images.says.com
|
Ulasan: Setakat ini, belum ada mana-mana lagi kaum wanita yang layak menjadi Perdana Menteri, tidak juga Timbalan Perdana Menteri. Tetapi, hal ini tidak mustahil akan berlaku. Wan Azizah menubuhkan Parti Keadilan Rakyat setelah pemecatan suami beliau, Anwar pada tahun 1998 oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir.
06. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (8.75%/1,277 undi)
Ulasan: Bagi saya, Tun Mahathir hanya patut berehat daripada melibatkan diri dalam arena politik setelah beliau meletakkan jawatan pada tahun 2003. Namun, disebabkan krisis yang melanda negara pada hari ini, membuatkan beliau masih aktif dalam menyuarakan pandangan beliau terhadap kepimpinan negara di bawah Najib dan Pak Lah. Sebagai bekas Perdana Menteri yang memerintah negara selama 22 tahun, Mahathir dilihat masih mampu untuk menjadi Perdana Menteri buat kali kedua sekalipun usia beliau tidak mengizinkan beliau untuk bebuat demikian. Tetapi, melihat kepada undi ini, saya boleh rumuskan bahawa Mahathir hanya patut berehat dan memberikan jawatan Perdana Menteri kepada mereka yang lebih layak. Walaubagaimanapun, beliau banyak berjasa pada negara, pernah menjadi wira dalam menyelamatkan negara daripada krisis kewangan negara yang berlaku pada sekitar tahun 1997-1998. Beliaulah satu-satunya pemimpin yang telah melakukan pembangunan drastik pada negara sepanjang era pemerintahan beliau. Itu sebab beliau dikagumi kawan mahupun lawan, walaupun nama baik beliau sudah dicalarkan oleh media pada hari ini.
05. Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali (10.42%/1,521 undi)
www.thefamouspeople.com |
Ulasan: Azmin, Menteri Besar Selangor sekarang adalah salah seorang tokoh politik pilihan saya untuk menjadi bakal Perdana Menteri pada masa-masa akan datang. Tokoh kelahiran Singapura ini membawa Selangor ke arah prestasi paling cemerlang dalam sejarah negara. Beliau berjaya menjadikan negeri Selangor sebagai penyumbang ekonomi negara terbesar, negeri keempat terkaya serta berjaya menjadikan Selangor negeri paling maju di Malaysia, mendahului Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
04. Khairy Jamaluddin Abu Bakar (12.15%/1,774 undi)
images.says.com
|
Ulasan: Khairy adalah salah seorang ketua pemuda UMNO yang dilihat begitu menonjol dalam arena politik. Pernah suatu ketika dahulu beliau berani mencabar Ketua Pembangkang (Anwar) sewaktu di Parlimen. Khairy adalah merupakan satu-satunya aset negara pada masa akan datang. Melihat bakat dan kebolehan beliau sebagai Menteri Belia dan Sukan menjadikan rakyat memilih beliau untuk menjadi bakal Perdana Menteri pada masa-masa akan datang.
03. Datuk Seri Hishammuddin Hussein (19.69%/2,875 undi)
Ulasan: Anak bekas Perdana Menteri Malaysia ke-3 ini sebenarnya layak untuk menggantikan bapanya (Tun Hussein Onn). Sepertimana Muhyiddin, beliau juga agak kurang popular untuk menjadi bahan cerita rakyat. Tetapi walaubagaimanapun, undian Oriental Daily ini memberi kenyataan yang sebaliknya. Hishamuddin adalah tokoh politik yang telah lama melibatkan diri dalam dunia politik sejak dari era Tun Dr Mahathir lagi.
02. Lim Guan Eng (19.74%/2,882 undi)
Ulasan: Lim Guan Eng, satu-satunya tokoh bukan Bumiputra yang dipilih bagi calon Perdana Menteri suatu hari nanti. Tetapi bagi saya, jawatan Perdana Menteri Malaysia tidak patut jatuh ke tangan orang bukan Bumiputra atau bukan Islam. Ini adalah kerana Malaysia adalah tanah orang Melayu dan Bumiputra, dan pemerintahnya mestilah berketurunan Melayu atau Bumiputra serta beragama Islam. Guan Eng adalah seorang Cina, dan bukan Islam. Semestinya beliau sebenarnya tidak patut menjadi Perdana Menteri. Namun, rakyat memilihnya. Ini disebabkan oleh ketokohan beliau dalam arena politik serta berjaya merampas Pulau Pinang dari tangan kerajaan pada Pilihanraya-pilihanraya sebelum ini. Salah seorang calon Pilihanraya yang memperoleh undian majoriti terbanyak, Ketua Menteri Pulau Pinang ini juga telah berjaya membawa negeri tersebut menjadi antara negara termaju, terkaya serta antara penyumbang ekonomi terbesar di Malaysia. Buat orang Melayu, pesan saya; kalau kita masih leka dan berpecah, percayalah. Tidak mustahil Malaysia akan jatuh ke tangan orang bukan Bumiputra, dan nasib kita mungkin akan sama seperti di Singapura. Hak keistimewaan dan ketuanan Melayu juga mungkin akan dinafikan. Tetapi setakat ini, hal-hal ini masih dalam keadaan terjaga. Kaum Cina masih belum layak untuk menjadi Perdana Menteri, berikutan mereka bukanlah penduduk teramai di Malaysia.
01. Datuk Seri Anwar Ibrahim (38.98%/5,691 undi)
malaysiatoday.com
|
Ulasan: Ya! Ini dia tokoh yang paling layak dan paling dipilih oleh rakyat untuk menjadi Perdana Menteri masa masa-masa akan datang. Jauh meninggalkan calon-calon yang lain. Anwar pada masa dahulu pernah dianggap sebagai "anak didik" Tun Mahathir. Tun Mahathir yang mengangkat beliau, kerana melihat beliau begitu berkemahiran dan berbakat dalam urusan politik negara sekitar tahun 90'an. Beliau adalah kawan rapat Mahathir sejak zaman Tunku Abdul Rahman lagi kalau tidak silap saya. Beliau antara yang menyokong Mahathir pada masa itu sejak Mahathir dipecat daripada UMNO. Anwar pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, dan juga sebagai Menteri Kewangan. Beliau pernah dinobatkan sebagai Menteri Kewangan terbaik di Asia, sebelum dipecat oleh Mahathir berikutan sesuatu masalah dalaman yang gagal untuk ditangani. Selain itu, beliau juga pernah dituduh meliwat, sehinggakan beliau dipenjara sebanyak 2 kali; pertama dari tahun 1998-2004, dan kedua dari tahun 2014-sekarang. Walaupun sedang meringkuk dalam penjara, Anwar masih berjaya menawan hati rakyat dan penyokongnya untuk menjadi Perdana Menteri. Saya yakin, Anwarlah yang akan menggantikan Najib suatu hari nanti.
Sumber: Anwar Tetap Jadi Pilihan Calon Perdana Menteri (2017). Dipetik dari https://malaysianaccess.com/anwar-calon-perdana-menteri-p4231/.
Ulasan Keseluruhan:
Tidak dapat dinafikan, Anwar adalah satu-satunya pilihan rakyat Malaysia untuk menjadi Perdana Menteri menggantikan kepimpinan yang ada sekarang. Berbeza dengan "guru"nya, Tun Dr Mahathir. Mahathir menurut pendapat rakyat patut berehat daripada melibatkan diri dalam dunia politik. Kesilapan Mahathir memecat dan memenjarakan Anwar suatu ketika dahulu menyebabkan nama beliau pada hari ini telah dicalarkan oleh media arus perdana, dan juga sesetengah pihak pembangkang sendiri (terutamanya PAS dan PKR). Selain itu juga, Mahathir telah banyak dipersalahkan atas keadaan yang berlaku pada negara sekarang yang dianggap kononnya kesan pemerintahan beliau sejak dahulu lagi. Jasa beliau terhadap negara juga telah dilupakan dan dinafikan mentah-mentah oleh mereka-mereka yang sedang berkuasa sekarang.
Hakikatnya, Tun Dr Mahathir adalah tokoh terbaik saya sepanjang zaman. Beliau sanggup diburukkan namanya semata-mata untuk menyelamatkan Malaysia pada hari ini daripada terus dilanda kerugian. Tetapi, Anwar tetap menjadi pilihan utama saya sebagai bakal Perdana Menteri. Dengan menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri, saya yakin Tun Mahathir akan berehat secukupnya dan tidak perlu lagi memikirkan hal-hal politik.
Saya yakin, kedua-dua legenda politik (Mahathir-Anwar) ini akan kembali bergabung untuk menumbangkan Najib pada Pilihanraya yang akan datang. Tetapi, jikalau Najib masih menang, saya berharap agar keadaan di Malaysia ini kembali pulih. Pesan saya kepada Najib; bebaskan Anwar. Kasihan dia, meringkuk dalam penjara.
Satu lagi, saya dapati tiada ahli PAS mahupun AMANAH yang menjadi pilihan rakyat untuk menjadi Perdana Menteri. Kenapa, ya?
Satu lagi, saya dapati tiada ahli PAS mahupun AMANAH yang menjadi pilihan rakyat untuk menjadi Perdana Menteri. Kenapa, ya?